top of page

Tok Man pastikan keperluan pengundi muda Paya Rumput diberi perhatian

Writer: Sidiqin Omar
Sidiqin Omar
2 minutes ago
1 min read
Calon DUN Paya Rumput, Datuk Azman Abidin
Calon DUN Paya Rumput, Datuk Azman Abidin

Keperluan dan kepentingan golongan muda antara perkara yang menjadi perhatian calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Datuk Azman Abidin sekiranya diberikan mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 14 November ini.


Beliau yang lebih mesra dikenali sebagai Tok Man berkata, golongan muda yang dianggarkan membentuk kira-kira 30 peratus daripada keseluruhan pengundi di kawasan itu perlu diberikan perhatian, khususnya dalam menangani keperluan serta isu yang dekat dengan kehidupan mereka.


Menurutnya, perkara berkenaan antara fokus yang akan diberi perhatian sekiranya beliau dipilih sebagai wakil rakyat Paya Rumput.


"Pengundi muda di sini kita lihat bahawa keperluan mereka juga kena ambil kira. Itu antara isu yang saya kena tangani sekiranya diberikan mandat sebagai YB di sini," katanya kepada Suara Keadilan.


Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program Ziarah Sempena Perayaan Deepavali di Perumahan Awam Cheng, kelmarin.


Mengulas penerimaan pengundi sepanjang minggu pertama kempen, Azman berkata maklum balas yang diterima setakat ini adalah positif, namun beliau berharap sokongan tersebut dapat diterjemahkan menerusi undi pada hari pengundian.


"Alhamdulillah, setakat ini penerimaan baik. Cuma kita harap penerimaan itu diterjemahkan dalam peti undi.


"Respon bagus, tetapi kita tidak tahu. Insya-Allah, kalau keadaan positif ini berterusan dan diterjemahkan dalam peti undi, alhamdulillah," katanya sambil berharap pengundi Paya Rumput keluar menunaikan tanggungjawab pada 14 November ini.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page