top of page

PRN Melaka: PH seru pengundi awal nilai inisiatif Kerajaan MADANI

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
20 minutes ago
1 min read

Seramai 12,531 pengundi awal yang terdiri daripada anggota tentera, pasangan, dan polis akan menunaikan tanggungjawab masing-masing pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 hari ini.


Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari (gambar), berkata golongan tersebut wajar mempertimbangkan dan mengambil kira inisiatif Kerajaan Persekutuan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim—khususnya dalam usaha membela nasib penjawat awam sebagai panduan dalam menentukan pilihan mereka.


Tambahnya, pentadbiran Anwar telah melaksanakan beberapa komitmen yang lama tertangguh, termasuk pelarasan gaji untuk anggota perkhidmatan awam.


"Kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah melunaskan janji-janji yang tertangguh lama macam kenaikan gaji.

"Begitulah juga kalau kita lihat, kita stabilkan negara ini. Cabaran terbesar bagi negara adalah tentang ekonomi," katanya.


Menurut beliau, pentadbiran Kerajaan MADANI juga membuktikan kemampuan mentadbir negara apabila berjaya memulihkan kedudukan ekonomi selepas berdepan cabaran pandemik Covid-19, selain mengukuhkan semula nilai ringgit negara.


"Kita harap pengundi awal menghargai apa yang dibuat dan undi mereka menyokong dasar-dasar ini untuk dipacu ke hadapan supaya Malaysia menjadi negara yang bukan sahaja stabil dan kukuh ekonominya, tapi mempunyai nilai-nilai baik dari segi pandangan sudut integriti, ketelusan dan tadbir urus yang telus," tambahnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page