top of page

Tingkat Kadar Sara Diri padi kepada 80 peratus - Mohamad Sabu

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Apr 10
1 min read

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) komited untuk memastikan sekuriti makanan negara kekal terjamin.


Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu (gambar) berkata, kementeriannya fokus dalam usaha untuk meningkatkan Kadar Sara Diri (SSR) padi negara kepada sekurang-kurangnya 80 peratus.


Jelasnya, ketika kini, tahap SSR padi negara berada sekitar 53 peratus susulan beberapa faktor, termasuk penukaran kawasan sawah kepada pembangunan industri dan perumahan, selain terdapat tanah yang tidak lagi diusahakan.


"Sebab itu kita tumpu untuk membuka sawah-sawah di kawasan baharu, seboleh-bolehnya berskala besar yang dikendalikan oleh syarikat-syarikat dengan bantuan KPKM serta pihak Padi dan Beras untuk ditanam dengan padi," katanya dipetik.


Mohamad sebelumnya hadir merasmikan Program Gelombang Padi Sarawak, Smart Sawah Berskala Besar (SMART SBB) dan Hari Bersama Pelanggan AIDA Batang Lupar 2026 di Sri Aman pada Khamis.


Sementara itu beliau turut menegaskan, faktor luaran seperti perubahan cuaca dan ketidaktentuan geopolitik global memberi kesan kepada rantaian bekalan makanan, sekali gus menuntut negara memperkukuh pengeluaran domestik.

1 Comment


LouisaFletcher
Oct 12

https://au.trustpilot.com/review/aussicasino.com had me thinking about how trust works in agriculture too, because shifting from 53 to 80 percent self-sufficiency sounds less like a simple target and more like a decade-long overhaul. The point about opening new large-scale fields is logical, but I keep wondering whether the existing smallholders who already left their land idle will have any path back in. Weather and geopolitics adding pressure makes domestic production feel urgent rather than optional.

Like

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page