Tingkat advokasi kesedaran keganasan terhadap wanita - Wanita KEADILAN
- Helmi Mohd Foad

- Apr 30
- 2 min read

Semua pihak diseru mengambil peranan masing-masing serta memperhebat advokasi kesedaran berhubung keganasan terhadap wanita susulan peningkatan kes keganasan rumah tangga yang membimbangkan sejak kebelakangan ini.
Ketua Wanita KEADILAN, Fadhlina Sidek (gambar), berkata beliau amat terkesan dengan kes-kes keganasan rumah tangga mutakhir ini yang memperlihatkan wanita terus menjadi mangsa, termasuk di kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat.
"Keganasan yang berlaku terhadap wanita memberikan gambaran bahawa wanita berterusan menjadi mangsa walaupun di dalam rumah sendiri yang disangka sebagai tempat paling selamat," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau yang juga Menteri Pendidikan berkata kejadian itu menuntut tindakan segera serta kesedaran menyeluruh dalam kalangan masyarakat bagi memastikan keselamatan wanita sentiasa dipelihara.
Beliau menasihatkan mangsa supaya segera membuat laporan polis sekiranya berlaku keganasan rumah tangga serta memastikan siasatan dibuka, selain memohon Perintah Perlindungan Sementara (IPO).
"Apabila berlaku keganasan rumah tangga, pastikan anda terus membuat laporan polis. Minta pegawai penyiasat terus membuka fail siasatan.
"Terus mohon Perintah Perlindungan Sementara. Jangan sesekali tarik balik aduan," katanya.
Beliau turut menggalakkan mangsa mendapatkan bantuan di One Stop Crisis Centre di hospital utama yang menyediakan perkhidmatan polis, rawatan kecemasan dan sokongan psikososial.
Katanya, mangsa juga perlu mendapatkan laporan perubatan penuh di hospital kerajaan serta memaklumkan sebarang kecederaan lama atau tanda kemurungan, keresahan dan tekanan emosi.
"Pastikan anda mendapat laporan perubatan penuh. Laporkan juga jika ada kecederaan lama atau mengalami tanda depresi, anxiety atau kemurungan," katanya.
Selain itu, beliau menyarankan mangsa keluar daripada rumah yang tidak selamat dan mendapatkan perlindungan sementara.
"Jangan takut untuk meninggalkan rumah yang tidak selamat. Fokus kepada keselamatan diri dan anak-anak. Dapatkan perlindungan sementara," katanya.
Beliau berkata, mangsa juga perlu mempunyai nombor telefon rakan atau ahli keluarga yang boleh menemani sepanjang proses mendapatkan bantuan.
"Dalam keadaan krisis, fikiran dan emosi anda tidak menentu, ada rasa takut dan bimbang, keliru serta sedih. Dapatkan sokongan psikososial segera. Jangan berlengah."
Fadhlina turut menyeru rakan, ahli keluarga dan para wali supaya memainkan peranan melindungi wanita yang menjadi mangsa serta tidak berdiam diri terhadap sebarang bentuk keganasan.
"Apa peranan kita sebagai rakan dan ahli keluarga? Ini paling penting. Bantu dan sokong sepenuhnya mangsa keganasan rumah tangga.
"Jangan biarkan anak perempuan kita balik ke rumah dan dikembalikan sebagai jasad yang tidak bernyawa. Sebagai wali, lindungi anak perempuan kita dengan segala daya juang yang ada," katanya.




hitclub dạo này thấy nhiều người nhắc nên mình cũng bấm vào xem thử cho biết. Mình không rành mấy vụ cá cược, chủ yếu tò mò cách họ làm trang thôi. Vừa vào là thấy giao diện khá dễ chịu, kiểu chia từng khối nội dung rõ ràng nên lướt xuống không bị rối mắt. Có đoạn nói họ ra mắt từ 2015 đọc qua cũng thấy yên tâm hơn, ít nhất không phải kiểu trang mới lập vội. Mấy tiêu đề đặt to, tách bạch nên mình đang ở mục nào là biết ngay, không cần mò. Nói chung cảm giác dùng thử vài phút là ổn, không bị lag hay phải bấm đi bấm lại nhiều. Nhìn…
keo nha cai hôm trước mình thấy bạn bè nói nhiều nên tiện tay vào thử cho biết. Mở lên cái mình để ý ngay là trang chia khối rõ ràng, nhìn lướt qua không bị rối mắt kiểu chữ chen chúc. Mình cũng không đọc kỹ từng phần đâu, chủ yếu xem cách họ bày thông tin có dễ theo dõi không. Có mấy bảng trình bày theo cột khá gọn, nên muốn tìm nhanh một dòng hay con số nào đó thì liếc phát là thấy, đỡ phải kéo lên kéo xuống nhiều. Thanh menu đặt chỗ dễ nhìn nên chuyển qua lại cũng nhanh, cảm giác giống mấy trang mình hay dùng nên không phải mất thời…