top of page

Kumaresan bertemu wakil pelajar India USM, bincang kebajikan mahasiswa

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 1 min read
Kumaresan (dua dari kiri) bersama wakil persatuan pelajar USM, Pulau Pinang
Kumaresan (dua dari kiri) bersama wakil persatuan pelajar USM, Pulau Pinang

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Uban, A Kumaresan mengadakan pertemuan bersama wakil mahasiswa India dari Universiti Sains Malaysia (USM) bagi mendengar serta memahami isu kebajikan yang dihadapi golongan tersebut.


Pertemuan itu melibatkan wakil Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USM, iaitu Hervind Raj Mackle dan Prathiin Saravanamuthu, serta Ahli Majlis Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Manimaran Samba Sivam.


Menurut Kumaresan, pelbagai isu telah dibangkitkan dalam perbincangan tersebut meliputi aspek kebajikan, pembangunan mahasiswa serta cabaran yang dihadapi pelajar dalam meneruskan pengajian.


"Saya amat menghargai keterbukaan dan keprihatinan mereka dalam menyuarakan pandangan serta cadangan demi kebaikan mahasiswa," katanya dalam muat naik di media sosial.


Beliau berkata, setiap isu yang dibangkitkan akan diteliti dan usaha akan dilakukan bagi membantu serta menyokong mahasiswa melalui saluran yang bersesuaian.


"Saya akan meneliti setiap isu yang dibangkitkan dan berusaha membantu serta menyokong mereka melalui saluran yang bersesuaian," katanya.


Tambah beliau, kebajikan, pembangunan dan pemerkasaan mahasiswa sentiasa menjadi keutamaan dalam usaha melahirkan generasi masa depan yang berilmu, berdaya saing dan mampu menyumbang kepada masyarakat serta negara.


"Kebajikan, pembangunan dan pemerkasaan mahasiswa sentiasa menjadi antara keutamaan kita dalam usaha melahirkan generasi masa depan yang berilmu, berdaya saing dan mampu menyumbang kepada masyarakat serta negara," katanya.


Sehubungan itu, beliau merakamkan penghargaan atas kunjungan dan perkongsian wakil mahasiswa yang disifatkan sebagai amat bermakna dalam memperkukuh usaha memperkasakan golongan pelajar.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page