top of page

Cabang Tebrau perkukuh saf perjuangan, sedia hadapi cabaran PRN

  • Writer: Akmal Manaf
    Akmal Manaf
  • 2 hours ago
  • 1 min read
Cabang KEADILAN Tebrau mengadakan mesyuarat bersama jentera parti baru baru ini
Cabang KEADILAN Tebrau mengadakan mesyuarat bersama jentera parti baru baru ini

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tiram seharusnya dikekalkan sebagai kerusi tradisi KEADILAN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kerana kawasan itu telah dibangunkan melalui gerak kerja berterusan anggota dan jentera parti sejak sekian lama.


Ketua Cabang KEADILAN Tebrau, Prakash Maniam berkata, pandangan itu disuarakan oleh akar umbi Cabang tersebut dalam satu mesyuarat bersama anggota dan jentera parti yang diadakan baru-baru ini.


"Akar umbi percaya bahawa sejarah perjuangan parti dan kekuatan organisasi di peringkat lapangan adalah faktor penting yang perlu diambil kira dalam menentukan hala tuju menjelang pilihanraya akan datang.


"KEADILAN Cabang Tebrau komited untuk membawa segala pandangan, cadangan dan suara yang disampaikan oleh anggota kepada pimpinan parti.


"Suara akar umbi jelas, mereka mahu melihat KEADILAN terus bertanding di DUN Tiram," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Prakash lagi, akar umbi turut menzahirkan sokongan padu kepada kepimpinan Cabang Tebrau untuk terus memperkukuhkan jentera parti, memperkasakan organisasi serta menyatukan seluruh kekuatan anggota bagi menghadapi cabaran politik semasa dan persiapan menuju PRN Johor.


"Kekuatan parti terletak pada kesatuan anggota.


"Cabang juga akan terus memperkukuhkan saf perjuangan dengan semangat kebersamaan, kesetiaan kepada parti serta fokus kepada agenda membela rakyat," ujarnya lagi.


Untuk rekod, Johor akan mengharungi PRN dengan penamaan calon pada 27 Jun dan hari mengundi pada 11 Julai 2026.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page