top of page

Tiada penyerahan 5,207 hektar wilayah Malaysia kepada Indonesia - Menteri

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 14 hours ago
  • 1 min read

DS Arthur Joseph Kurup menegaskan tiada timbas balas penyerahan wilayah dalam rundingan M'sia - Indon
DS Arthur Joseph Kurup menegaskan tiada timbas balas penyerahan wilayah dalam rundingan M'sia - Indon

Oleh: Azuan Ab Rahman


Kerajaan secara tegas menafikan Malaysia menyerahkan 5,207 hektar tanah kepada Indonesia sebagai pampasan susulan pemuktamadan sempadan di kawasan Nunukan berhampiran Sabah-Kalimantan.


Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Datuk Seri Arthur Joseph Kurup menegaskan, proses pemuktamadan sempadan Malaysia–Indonesia dilaksanakan secara teknikal, saintifik dan telus, bukan berasaskan konsesi politik atau timbal balik.


Jelasnya, laporan media tempatan Indonesia berkenaan penyerahan tanah kepada negara itu adalah tidak tepat.


"Pemuktamadan sempadan darat ini dilakukan menerusi pemeteraian Memorandum of Understanding (MOU) antara Malaysia dan Indonesia pada 18 Februari 2025, selepas melalui proses perundingan teknikal komprehensif dan telus selama lebih 45 tahun.


"Rundingan untuk penandaan dan pengukuran di kawasan Outstanding Boundary Problem (OBP) dilaksanakan secara harmoni di antara kedua-dua negara dan tidak bersandarkan kepada prinsip pampasan atau untung-rugi," katanya dalam satu kenyataan.

Arthur menegaskan, setiap inci pelarasan sempadan disahkan melalui koordinat geospatial tepat dengan penglibatan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) serta agensi keselamatan, sekali gus memastikan kedaulatan negara terpelihara dan diiktiraf masyarakat antarabangsa.


Beliau menekankan bahawa keuntungan jangka panjang kedaulatan negara adalah lebih strategik bagi Malaysia untuk memiliki sempadan yang diiktiraf sepenuhnya oleh negara jiran dan masyarakat antarabangsa.


Keputusan itu juga menutup ruang untuk sebarang tuntutan wilayah yang lebih besar pada masa hadapan, sekaligus mengelakkan sebarang ketegangan atau konflik di lapangan.


"Pengiktirafan ini lebih signifikan berbanding daripada mengekalkan kawasan pertikaian yang tidak mempunyai keabsahan undang-undang," tegasnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page