Kembali kepada UPSR, PT3: Adakah prestasi pendidikan murid merosot?


Oleh: Akmal Manaf
Keputusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mengaktifkan semula Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) bagi meneliti kemungkinan mengembalikan UPSR dan PT3 menimbulkan persoalan besar dalam kalangan masyarakat termasuk ibu bapa dan guru.
Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung (gambar) berkata, perubahan pendirian KPM secara semula jadi itu mencetuskan beberapa persoalan termasuk sama ada berpunca daripada prestasi pembelajaran murid yang terjejas dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.
"Jika benar, maka KPM wajar menjelaskan kepada rakyat secara terbuka perkara-perkara seperti adakah pencapaian pembelajaran murid menunjukkan perubahan ketara, dan melibatkan subjek atau kemahiran yang mana?
"Adakah pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) mempunyai jurang dari segi standard dan kebolehpercayaan? Adakah jurang bandar-luar bandar dan isu keciciran pembelajaran semakin melebar?
"Adakah beban pentaksiran dan beban pentadbiran terhadap guru semakin berat sehingga menjejaskan kualiti pelaksanaan?" katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Selain itu ujar beliau, Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh sebelum ini juga pernah menyatakan pemansuhan UPSR dan PT3 tidak memberi kesan negatif terhadap keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2023 dan 2024 yang kekal stabil.
"Maka timbul persoalan apakah sebenarnya sebab KPM kini menilai semula untuk mengembalikan UPSR dan PT3? Adakah benar bahawa ‘pemansuhan peperiksaan tidak menjejaskan prestasi keseluruhan’, atau sebaliknya ‘peperiksaan perlu dikembalikan untuk meningkatkan pencapaian’?
"KPM perlu mengelakkan mesej yang bercanggah dan berubah-ubah, kerana ia hanya akan melemahkan keyakinan masyarakat terhadap hala tuju dasar pendidikan negara.
"Namun apa jua keputusan akhirnya, KPM mesti berpegang kepada prinsip ketelusan dengan memastikan dasar yang dicadangkan disandarkan kepada fakta dan data.
"KPM perlu mendedahkan asas kajian serta maklumat utama kepada masyarakat, termasuk trend prestasi murid, pelaksanaan PBD, tahap literasi dan numerasi asas, serta perbezaan antara negeri dan kawasan bandar dan luar bandar," katanya lagi.
Chean Chung yang juga Pengarah Komunikasi KEADILAN Malaysia berkata, beliau akan terus memantau perkembangan kajian berkenaan dan menuntut KPM agar membentangkan laporan dan data yang lengkap kepada Parlimen dan masyarakat, supaya pembaharuan pendidikan dapat kembali berpaksikan rasional, bukti dan tadbir urus yang telus.




This love calculator can make a normal day a little more exciting, especially when you try it with the name of someone you really like. It's a cute and enjoyable experience for anyone who believes in love. 🥰 love calculator name
I’m having a small confusion with Maan win login Does it require OTP verification every time, or only during the first login? Also, what should we do if OTP doesn’t arrive on time?
For okwin apk login, does anyone know if there is a minimum amount required to start playing? I want to try it with a small amount first just to understand the process properly.
The comparison between UPSR and PT3 results highlights some interesting trends in student performance over time. It would be fascinating to see how educational tools and technology, possibly even those that encourage creativity like music synthesis, could influence learning outcomes in future assessments. webcam synthesizer
It's interesting how the article highlights concerns about students' performance trends over the years, especially with the shift in examination formats. I wonder if similar analytical methods could be applied to track progress and simulate outcomes in sports, like predicting player development or team success over a season. build your hooper