“Hargai Pengorbanan Pejuang Terdahulu, Jadilah Anak Reformasi Sejati”
- Abdul Rahim Razak
- 7 hours ago
- 1 min read
“Hargai Pengorbanan Pejuang Terdahulu, Jadilah Anak Reformasi Sejati”
Perjuangan reformasi yang digerakkan lebih dua dekad lalu tidak boleh terhenti meskipun kejayaan besar telah dicapai hari ini dan perlu diteruskan sebagai amanah untuk mengenang pengorbanan pejuang-pejuang terdahulu.
Menteri Belia dan Sukan, Dr. Mohammed Taufiq Johari berkata, kejayaan tersebut bukanlah noktah akhir kepada perjuangan, sebaliknya menjadi tanggungjawab baharu untuk memastikan nilai dan semangat reformasi terus dipertahankan.





