top of page

Tarif AS: Strategi Malaysia giat kerjasama serantau, bantu PMKS tepat

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 8
  • 2 min read


Oleh: Akmal Manaf


Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini berpeluang untuk membawa sekali gus menyatukan ASEAN sebagai satu suara di saat Amerika Syarikat (AS) mengenakan tarif perdagangan.


Pakar Ekonomi dari Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (MUST), Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai berkata, jika penyatuan 'suara ASEAN' dilakukan, hal itu berpotensi menjadi satu 'suara besar' apatah lagi rantau ini dijangka menjadi ekonomi keempat terbesar dunia.


''Hari ini kita lihat setiap negara Asia akan terjejas sedikit bergantung kepada tarif yang dikenakan (AS).


''Ini boleh menyebabkan perpecahan pendapat antara ahli dalam ASEAN dan ia tidak sepatutnya berlaku.


''Kalau mereka bergerak sebagai satu suara, mereka akan dilihat sebagai suara yang sangat besar dan ini perlu ditonjolkan,'' katanya ketika dihubungi Suara Keadilan, hari ini.


Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas tentang enam strategi Malaysia menghadapi perang dagang AS terutama berkenaan strategi menggalakkan kerjasama ekonomi serantau.


Menjelaskan lebih terperinci tentang 'suara ASEAN' itu, beliau memberi contoh tentang kedudukan strategik negara-negara ASEAN khususnya dalam sektor perdagangan.


''Tentang faktor dalaman ASEAN, seperti (kos) buruh yang agak murah dan persekitaran yang agak baik.


''Semua (ciri-ciri) itu perlu dijadikan sebagai 'aset' penting dalam proses rundingan bersama (AS), dan perkara itu perlu ditonjolkan sebagai 'satu suara' dalam ASEAN.


''Kalau ini boleh dilakukan, saya rasa AS tidak boleh berdalih dan terpaksa melihat ASEAN sebagai satu kuasa baharu dunia,'' ujarnya lagi.


Ditanya mengenai strategi membantu Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS), Prof Barjoyai menyifatkan sektor itu sangat penting di negara ASEAN dan Malaysia.


Di negara ini katanya, sektor PMKS menyumbang hampir 65 peratus kepada sumber pekerjaan meskipun sumbangan daripada segi kadar (Keluaran Dalam Negara Kasar) kurang daripada 35 peratus.


''Tetapi potensinya cukup besar. Dalam jangka panjang dan pertengahan, kita akan dapat lihat perniagaan PMKS menjadi penentu penting dalam pertumbuhan ekonomi di ASEAN.


''Malaysia juga sedang menumpukan kepada sektor perkhidmatan khususnya pelancongan untuk daya pertumbuhan.


''Jadi, ia sangat perlu dimajukan bukan sahaja bertujuan menangani krisis tarif, tetapi untuk mengubah struktur ekonomi bagi menyediakan persekitaran yang sesuai untuk membangun di abad selanjutnya,'' katanya lagi.


Pada 5 Mei lalu dalam sidang khas Parlimen, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membentangkan enam strategi dalam menghadapi perang dagang AS seperti memantau petunjuk utama ekonomi; usaha rundingan dengan AS berterusan; membantu pengeksport terjejas (PMKS); menggalakkan kerjasama serantau dan pasaran baharu; mempercepat pelaksanaan projek pembangunan dan kelulusan kerajaan; dan meneruskan agenda pembaharuan ekonomi MADANI.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page