top of page

Tarif AS: Negeri perlu bentuk pasukan ekonomi tangani kesan langsung

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 7 hours ago
  • 2 min read


Oleh: Hasbul Ahmad


Semua negeri di Malaysia perlu membentuk pasukan ekonomi negeri bagi menangani isu tarif 24 peratus yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) ke atas eksport Malaysia sebagai perancangan berstrategi dan menyeluruh.


NGO Penggerak Rakan Nasionalis Moderat, Dr Faiz Na’aman berkata, langkah itu perlu dilakukan kerana setiap negeri memiliki struktur ekonomi yang berbeza bagi rangka pelan tindakan khusus yang relevan sesuai dengan konteks pelaburan dan keperluan industri di negeri masing-masing.


"Dalam isu tarif 24 peratus oleh Amerika Syarikat, hanya Selangor setakat ini yang menyatakan kesediaan untuk meneliti kesan langsung terhadap ekonomi negerinya. Ini satu langkah awal yang baik.


"Namun, negeri-negeri lain juga perlu melihat perkara ini secara bersama. Isu tarif yang dikenakan oleh AS ini tidak boleh dilihat sebagai tanggungjawab kerajaan Pusat semata-mata.


"Memang PMX (Perdana Menteri) ada menyatakan untuk menangani perkara ini secara holistik, namun bukan tugas beliau sahaja, tetapi cabaran ini adalah tanggungjawab bersama," kata Dr Faiz kepada Suara Keadilan.


Kerajaan negeri Selangor pada 10 April lalu melalui Invest Selangor Bhd akan menjalankan tinjauan untuk mengumpulkan maklum balas daripada pemain industri mengenai impak tarif Amerika Syarikat (AS) ke atas perniagaan mereka.


Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Selangor, Ng Sze Han berkata, tinjauan itu bertujuan untuk memahami kesannya terhadap syarikat, memahami impaknya termasuk kesan ke atas pembangunan hartanah dan industri pembuatan.


Justeru itu Dr Faiz berkata, hubungan dan kerjasama rentas negeri dalam usaha menangani isu tarif ini tidak boleh terikat kepada gabungan parti tertentu yang mentadbir kerana penyelesaian ekonomi nasional memerlukan keikhlasan dan kematangan dalam membentuk rangka tindakan yang saling melengkapi.


"Contohnya negeri-negeri ditadbir Perikatan Nasional yang dikatakan sebagai Blok SG4, begitu juga dengan blok Borneo iaitu Sabah dan Sarawak memerlukan perancangan dan tindakan bertahap mengikut keperluan," kata Dr Faiz.


Blok SG4 merujuk kepada inisiatif negeri-negeri pembangkang di Semenanjung dalam kerjasama ekonomi dan pembangunan tanpa terlalu bergantung kepada kerajaan pusat.


Susulan itu kata Dr Faiz, hanya melalui penyelesaian inklusif dan menyeluruh mampu mengurangkan impak, mengukuhkan ketahanan ekonomi negara dan terus relevan dalam lanskap perdagangan global yang semakin mencabar.


Selain itu kata beliau lagi, negeri-negeri yang bersempadan di sekitar wilayah ekonomi bersama negara tetangga Asia Tenggara boleh melakukan inisatif susulan kedudukan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN.


Antaranya dengan memanfaatkan model format ekonomi yang pernah dilakukan sebelum ini seperti di wilayah utara semenanjung, iaitu Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT), Pertumbuhan Segi Tiga SIJORI (Singapura-Johor-Riau) dan Pembangunan Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina (BIMP) bersama Kawasan Pembangunan ASEAN Timur (EAGA).


"Kita dimaklumkan beberapa pimpinan dari negara Asia Timur seperti China, Korea dan Jepun akan mengunjungi Malaysia dalam pelbagai sesi pertemuan dalam isu tarif AS ini.


"Dalam masa terdekat, kita turut menjangkakan Australia dan New Zealand akan memberi respons sama ketika Malaysia dalam kepengerusian ASEAN kerana wilayah tersebut berjiran dengan negara Asia Tenggara.


"Jika pada peringkat rantau ini telah pun mula menggerakkan inisiatif, maka pada peringkat domestik, iaitu negeri-negeri di Malaysia seharusnya juga melakukan kerjasama dan bersama-sama bagi menangani isu tarif ini," kata Dr Faiz lagi.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page