top of page

Tahniah Hartal 2.0!

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 27, 2021
  • 1 min read

ree

Oleh: Saifullah Zulkifli


Kalau dahulu Hartal 1.0 penguasa zalim akan tuduh semua ini pendokong komunis.


Tahukah anda pada tahun 1947 dulu ada Hartal?


Ya betul, pada tahun 10 Oktober 1947 ada Hartal. Masa itu Hartal didukung pertubuhan yang merangka Perlembagaan Rakyat melalui Putera-AMCJA.


ree
Saifullah Zulkifli

Putera atau Pusat Tenaga Rakyat turut dianggotai gabungan oleh PKMM, Awas, API, Hizbul Muslimin dan beberapa pertubuhan lain manakala AMCJA turut dianggotai oleh MCA dan MIC.


Hak kebebasan Tanah Melayu


Semua pertubuhan ini perjuangkan hak rakyat dan kebebasan Tanah Melayu melalui 10 prinsip yang digariskan sebagai Perlembagaan Rakyat.


Hartal pada 10 Oktober 1947 itu berlangsung dengan jayanya. Segenap rakyat mengambil bahagian.


Jalan sepi seperti tidak ada manusia, kedai-kedai semua ditutup. Semua menuntut hak dan memprotes penjajahan British.


Laksana darurat


Kesan dari itu British mulai gerun dengan kebangkitan Hartal rakyat.


British menangkap kebanyakan pimpinan AMCJA, Putera, PKMM, API dan Awas.


Tidak lama selepas itu British mengumumkan darurat di seluruh Tanah Melayu pada 16 Jun 1948.


Ironi dan aneh. Tindakan penjajah ini seperti berulang pula pada 2021?


__________________________________________________________________________________

Penulis merupakan Exco Angkatan Muda KEADILAN Malaysia

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page