top of page

T'ganu Petroleum: 'Sukar tuntut royalti, akta tidak dipinda waktu Pas berkuasa'

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 18
  • 2 min read


Oleh: Akmal Manaf


Hak royalti dan kawalan petroleum boleh dituntut negeri Terengganu sekiranya Pas sewaktu memerintah Kerajaan Persekutuan pada 2020 - 2022 lalu mempunyai keberanian politik meminda Akta Pembangunan Petroleum dan Perjanjian Petronas dengan negeri-negeri di Semenanjung.


Itu antara jawapan diberikan Aktivis Pakatan Harapan (PH) Kelantan, Mohd Hisyamuddin Ghazali sebagai reaksi kepada rancangan Kerajaan Terengganu untuk menubuhkan sebuah entiti petroleum milik mereka dikenali sebagai Terengganu Petroleum.


Mohd Hisyamuddin bagaimanapun mendakwa, Pas terbukti tidak mempunyai 'political will' yang kuat untuk mengubah Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA 74) dan Perjanjian 1975 bagi dapatkan hak mereka berbanding kerajaan Sarawak yang telah berjaya menubuhkan Petros bagi menguruskan hasil bumi itu secara sendiri.


''Kerajaan Sarawak cabar perkara tersebut di Mahkamah, tetapi Terengganu tidak.


''Isu sebenar bukan soal akta atau perjanjian tetapi soal keberanian politik, akal siasah dan kepimpinan berwibawa.


''Pas ketika itu (waktu memerintah) jelas gagal dan pemalas untuk mempertahankan hak rakyat negeri mereka sendiri,'' tempelak beliau menerusi satu kenyataan.


Terdahulu media melaporkan, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata rancangan menubuhkan entiti petroleum itu merupakan langkah strategik bagi mengukuhkan hasil ekonomi negeri dan mengurangkan kebergantungan kepada bayaran royalti petroleum daripada Kerajaan Persekutuan.


Dalam isu sama, Mohd Hisyamuddin atau lebih dikenali sebagai Syam Ghaz terus menempelak Pas dengan mengaitkan parti itu dengan Rang Undang-Undang 355 (RUU355).


''Bila RUU355 tentang Islam pun sekadar dijadikan alat propaganda tanpa hasil konkrit, janganlah harap isu petroleum dan royalti mampu mereka perjuangkan.


''Pendek kata, jika mempertahankan agama pun mereka sekadar mampu 'goreng', bagaimana mungkin mahu mempertahankan hasil minyak negeri?" soal beliau.


Menurut Syam Ghaz lagi, pada 2018 Pas Kelantan pernah berjanji untuk menubuhkan Perbadanan Petroleum Kelantan sebagai usaha mengukuhkan hak hasil negeri.


Namun katanya, sehingga ke hari ini, ianya kekal sekadar 'angan-angan Mat Jenin' dan masyarakat boleh merujuk kepada Manifesto Pas Kelantan pada PRU14 yang juga dinyatakan dalam laporan Harakahdaily bertarikh 23 April 2018.


Lebih malang, katanya, sewaktu Pas berada dalam kerajaan pusat selama 33 bulan iaitu dari Mac 2020 sehingga November 2022, Ahmad Samsuri telah dilantik sebagai Bendahari Perikatan Nasional (PN) gabungan yang menjadi parti pemerintah Malaysia selama 33 bulan pada waktu itu tidak melakukan usaha yang jelas untuk mendapatkan hak royalti.


''Dalam tempoh sama, lihat bagaimana Kerajaan Sarawak di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) menggunakan peluang seperti mendesak Perdana Menteri ketika itu, Muhyiddin Yassin untuk membayar Cukai Jualan Negeri (SST) ke atas hasil petroleum.


''Sarawak juga memperkasa syarikat minyak negeri mereka, Petros, yang diasaskan pada 6 Mac 2018 tetapi diperkukuhkan selepas rundingan keras GPS pada tahun 2020," kata aktivis memperjuangkan hasil royalti petroleum Kelantan itu lagi.


Bagaimanapun, tuntutan Terengganu ke atas hasil petroleum tidak mempunyai merit yang sama sebagaimana Sarawak kerana negeri itu bukanlah sebuah 'wilayah' sebagaimana keadaan Sarawak yang lebih jelas hak hak hasil bumi dalam Persekutuan Malaysia.

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page