top of page

SUKMA Selangor diteruskan, bakal dilaksana pada skala lebih kecil

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 6 minutes ago
  • 1 min read

Temasya Sukan Malaysia XXII (SUKMA) Selangor 2026 yang dijadualkan dari 15 hingga 24 Ogos ini tetap diteruskan walaupun negara berdepan cabaran krisis tenaga global dan tekanan ekonomi semasa.


Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari (gambar) berkata, keputusan itu dicapai menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi SUKMA 2026 setelah meneliti semua aspek termasuk tahap kesiapsiagaan dan persediaan atlet.


"Keputusan ini dibuat antaranya selepas mengambil kira persiapan yang sudah dibuat oleh pihak terbabit, terutama Kerajaan Negeri Selangor sebagai penganjur dan barisan atlet di setiap negeri yang sudah membuat persiapan.


"Penangguhan temasya berkenaan berpotensi membawa implikasi kewangan yang lebih besar kepada pihak penganjur," katanya dipetik.


Sementara itu, Jawatankuasa Tertinggi SUKMA dipetik laporan sama telah bersetuju untuk melaksanakan temasya itu pada skala lebih kecil sebagai langkah penjimatan kos.


Bagaimanapun jawatankuasa itu menegaskan, langkah itu tidak akan menjejaskan jumlah sukan dipertandingkan mahupun kualiti pelaksanaan acara.


"Langkah ini dilihat sebagai pendekatan terbaik bagi mengimbangi cabaran ekonomi semasa tanpa mengorbankan matlamat pembangunan sukan negara.


"Jawatankuasa Tertinggi SUKMA juga akan terus mengadakan perbincangan bagi memastikan SUKMA Selangor 2026 dapat dianjurkan seperti yang dirancang, dengan penekanan kepada kecekapan perbelanjaan dan kawalan kos," tambahnya.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page