top of page

Subsidi input kekal, kerajaan jamin kebajikan pesawah

  • Writer: Azuan Ab Rahman
    Azuan Ab Rahman
  • Mar 27
  • 1 min read

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menegaskan kebajikan pesawah kekal sebagai keutamaan kerajaan meskipun berdepan cabaran kenaikan harga diesel dan ketidaktentuan global.


KPKM dalam satu kenyataan memaklumkan, pelbagai langkah telah dilaksanakan kerajaan termasuk menaikkan bantuan pembajakan daripada RM100 kepada RM160 sehektar serta memperkenalkan bantuan upah menuai RM50 sehektar.


Bagi menangani kesan cuaca kering dan kemarau di utara, KPKM turut melaksanakan Operasi Pembenihan Awan serta kaedah penanaman Tabur Terus Kering (TTK).


"Pesawah yang terjejas turut dinilai untuk bantuan di bawah Tabung Bencana Tanaman Padi (TBTP) dan Skim Takaful Tanaman Padi," katanya.


Dalam masa sama menurut KPKM, penubuhan Jawatankuasa Perundingan Industri Padi dan Beras Negara (JKPIPB) pada 17 Mac menjadi platform menghimpunkan pemain industri bagi membincangkan isu secara kolektif.


Selain itu, sesi libat urus bersama pesawah dan pengilang baja juga telah diadakan bagi mendapatkan maklum balas berhubung impak konflik di Asia Barat terhadap sektor pertanian.


"Subsidi input seperti benih, baja dan racun tidak terjejas dan akan diteruskan seperti biasa.

"Kementerian telah menubuhkan jawatankuasa khas bagi meneliti kesan kenaikan harga minyak dunia terhadap kos operasi sektor pertanian serta merangka langkah susulan.


"Impak kenaikan diesel secara dipantau secara menyeluruh sebelum sebarang cadangan dikemukakan kepada Kementerian Kewangan," tambah kementerian itu.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page