top of page

STEAM penting lahir tenaga kerja mahir masa depan — Kumaresan

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • 1 hour ago
  • 1 min read
Kumaresan (berbaju putih) teruja dengan pameran STEAM anjuran SMK Bukit Gambir
Kumaresan (berbaju putih) teruja dengan pameran STEAM anjuran SMK Bukit Gambir

Program STEAM & Career Day 2026 di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Gambir dilihat sebagai inisiatif penting dalam memperkukuh pendidikan sains, teknologi, kejuruteraan, seni dan matematik (STEAM) di samping membuka laluan kerjaya masa depan kepada pelajar.


Menurut ADUN Batu Uban, Kumaresan Aramugam, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri sentiasa memberi tumpuan khas serta menyediakan pelbagai peluang kepada pelajar sekolah dalam bidang STEAM bagi memperkasa bidang berkenaan.


"Tahniah kepada pihak sekolah atas inisiatif mempromosikan bidang STEAM kepada para pelajar. Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri sentiasa memberikan tumpuan khas serta menyediakan pelbagai saluran dan peluang kepada pelajar sekolah dalam bidang STEAM," katanya ketika berucap pada program berkenaan pagi tadi.


Menurut beliau, peluang kerjaya di Pulau Pinang amat besar dengan kehadiran lebih 400 syarikat multinasional (MNC) dan lebih 5,000 perusahaan kecil dan sederhana (SME) yang beroperasi di negeri itu.


Katanya, pada tahun 2025, Pulau Pinang muncul antara enjin ekonomi utama negara dengan menyumbang sebanyak RM573.91 bilion kepada eksport negara.


Dalam program tersebut, beliau turut menawarkan peluang kepada pelajar untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Penang Tech Dome di KOMTAR.


"Pusat penemuan sains pertama di Pulau Pinang menawarkan lebih 150 pameran interaktif serta pengalaman pembelajaran sains yang menarik dan menyeronokkan. Saya akan menaja tiket masuk dan bas bagi lawatan tersebut," katanya.


Pada majlis sama, Kumaresan turut menyerahkan 200 buah kerusi plastik untuk kegunaan pelajar sekolah melibatkan kos sebanyak RM7,000.


Turut hadir ialah Ahli Majlis MBPP En. Manimaran dan Cheah Peng Guan, Ketua Staf Pusat Khidmat Batu Uban.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page