top of page

SPR kaji semula persempadanan, tingkat jumlah kerusi Parlimen

Writer: Helmi Mohd Foad
Helmi Mohd Foad
6 hours ago
1 min read
SEORANG warga menunjukkan jari yang telah dicelup dakwat menandakan beliau sudah menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Negeri Negeri Sembilan, 1 Ogos 2026. Foto Ihsan SPR
SEORANG warga menunjukkan jari yang telah dicelup dakwat menandakan beliau sudah menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Negeri Negeri Sembilan, 1 Ogos 2026. Foto Ihsan SPR

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan melaksanakan kajian semula persempadan bahagian-bahagian pilihan raya di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak tertakluk kepada pindaan Perlembagaan Persekutuan.


Pengerusinya Datuk Seri Ramlan Harun berkata pihaknya mengambil maklum kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini mengenai cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan penambahan kerusi Parlimen bagi Sabah dan Sarawak.


"Penambahan kerusi Parlimen tersebut kelak turut mengambil kira Bahagian Pilihan Raya Tanah Melayu dengan prinsip bahawa nisbah perwakilan Sabah dan Sarawak turut ditingkatkan daripada kedudukan semasa.


“Dalam konteks persempadanan Bahagian Pilihan Raya di ketiga-tiga unit kajian itu pula, SPR akan melaksanakan kajian semula persempadan bahagian-bahagian pilihan raya tertakluk kepada pindaan Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Beliau berkata suruhanjaya itu akan memberikan penjelasan lanjut apabila terdapat keputusan rasmi serta perkembangan yang membolehkan perkara itu dimaklumkan kepada umum.


Terdahulu Perdana Menteri dilaporkan berkata kerajaan bersetuju meningkatkan nisbah perwakilan Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak melebihi kadar semasa selaras dengan semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).


Anwar berkata keputusan itu turut melibatkan pindaan Perlembagaan bagi membolehkan peningkatan penyertaan Ahli Parlimen dari kedua-dua negeri berkenaan.


Sabah kini mempunyai 25 kerusi Parlimen manakala Sarawak 31, daripada keseluruhan 222 kerusi Dewan Rakyat.


Gabungan kedua-dua negeri itu ketika ini menguasai 56 kerusi atau kira-kira 25 peratus daripada keseluruhan kerusi Parlimen.


Tuntutan Sabah dan Sarawak adalah supaya bahagian perwakilan kedua-dua negeri itu dikembalikan sekurang-kurangnya kepada sekitar satu pertiga seperti yang sering dihujahkan berdasarkan semangat MA63 dan susunan perwakilan ketika pembentukan Malaysia.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page