top of page

SNCC kutuk pencabulan hak dua aktivis kemanusiaan GSF 2.0

  • Writer: Azuan Ab Rahman
    Azuan Ab Rahman
  • 10 hours ago
  • 2 min read

Sumud Nusantara Command Center (SNCC) mengecam keras tindakan pencabulan terhadap dua aktivis kemanusiaan antarabangsa yang ditahan oleh rejim Israel.


Dalam satu kenyataan rasmi, SNCC memaklumkan bahawa dua individu berkenaan, Saif Abukeshek dan Thiago Ávila yang juga merupakan jawatankuasa induk Global Sumud Flotilla (GSF), telah diculik dan ditahan melebihi 96 jam di Penjara Shikma, Ashkelon.


"Penahanan tersebut merupakan pelanggaran serius terhadap hak asasi manusia serta undang-undang antarabangsa yang tidak boleh diterima sama sekali.


"SNCC menuntut agar mereka diberikan hak perbicaraan yang adil serta dibebaskan segera tanpa sebarang syarat," kata Ketua Pengarah SNCC, Datuk Dr Sani Araby (gambar).


Sehubungan itu jelasnya, SNCC melancarkan melancarkan gelombang kebangkitan melalui kempen #BreakTheSilent dan #BreakTheSiege bagi menggesa masyarakat antarabangsa untuk bangkit memperhebat tekanan bagi pembebasan Gaza.


Menerusi kenyataan sama SNCC turut merakamkan penghargaan kepada pelbagai pihak di Malaysia termasuk pimpinan tertinggi negara, ahli Parlimen rentas parti, kementerian, NGO dan pengamal media yang terus menyuarakan solidariti terhadap misi kemanusiaan ini.


"SNCC turut menyokong gesaan dan pendirian tegas Perdana Menteri Malaysia, Sepanyol dan Turkiye serta Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Organisation of Islamic Cooperation (OIC) yang mengutuk tindakan Israel menculik aktivis flotilla di perairan antarabangsa.


"Rakyat Malaysia juga diseru untuk terus mempergiat usaha advokasi, termasuk melalui media sosial dengan menyebarkan fakta sahih, selain melaksanakan solat hajat dan Qunut Nazilah sebagai tanda solidariti terhadap perjuangan pembebasan Gaza dan Palestin," kata kenyataan tersebut.


Dalam perkembangan berkaitan, SNCC turut memaklumkan bahawa 10 aktivis Malaysia yang sebelum ini diculik telah selamat tiba di Turkiye dari Greece pada 1 Mei lalu, dan kini berada dalam keadaan stabil selepas menjalani pemeriksaan kesihatan.


Kesemua mereka yang kini berada di Istanbul, Turkiye dan tidak kembali ke Malaysia dan akan memulakan pelayaran kedua menuju ke Gaza pada bila-bila masa.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page