top of page

Sidang ASEAN: Malaysia buka pasaran baharu ke Amerika Selatan, Afrika

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 31
  • 2 min read

ree

Oleh: Hasbul Ahmad


Sidang Kemuncak ASEAN ke 47 yang baharu berlalu bukan sahaja berjaya meneruskan perdagangan lumayan dengan Amerika Syarikat namun telah membuka laluan baharu bagi negara ini untuk meluaskan perdagangan ke benua Amerika Selatan dan Afrika.


Hal itu disaksikan dengan kehadiran Presiden Brazil dan Afrika Selatan bagi membincangkan isu diplomatik dan ekonomi sebagai Tetamu Pengerusi ASEAN.


Bagi ahli ekonomi, Dr Barjoyai Bardai (gambar), langkah berkenaan bukan sahaja memperluas jaringan perdagangan antarabangsa Malaysia, malah membuka potensi kerjasama dalam bidang sosial, akademik dan penyelidikan untuk ASEAN sekali gus.


Katanya, Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN telah menunjukkan keberanian memperluas horizon ekonomi rantau ini ke benua yang sebelum ini kurang diterokai dan membuka peluang besar untuk pemain industri, institusi pendidikan dan kerajaan memanfaatkan momentum tersebut.


"Malaysia telah membuka peluang besar kepada ASEAN menembusi pasaran Amerika Tengah dan Afrika. Ini bukan sahaja memperluas jaringan perdagangan, tetapi juga membuka ruang kerjasama dalam bidang sosial, akademik dan penyelidikan.


"Apa yang perlu dilakukan oleh pihak di Malaysia seperti pemain industri ialah untuk mengeksplorasi pasaran baharu melalui kajian pasaran dan membina jaringan dengan rakan dagang di rantau baharu.


"Selain itu, kita perlu menyesuaikan produk dan perkhidmatan mengikut keperluan budaya dan peraturan tempatan dan menyertai misi perdagangan dengan melibatkan diri dalam delegasi perdagangan yang dianjurkan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE)," kata Dr Barjoyai kepada Suara Keadilan.


Tambah beliau, institusi pendidikan dan penyelidikan di Malaysia perlu menjalinkan kerjasama akademik dengan membentuk dan menandatangai perjanjian persefahaman (MoU) dengan universiti dan pusat penyelidikan di negara-negara tersebut.


"Antaranya melalui program mobiliti dan pertukaran, penggalakkan pertukaran pelajar dan penyelidik untuk memperkukuh jaringan ilmu, manakala pihak kerajaan dan agensi berkaitan boleh membantu melalui sokongan dasar dan insentif," katanya.


Dr Barjoyai menambah, kerajaan juga wajar menyediakan insentif eksport dan perlindungan pelaburan untuk syarikat yang meneroka pasaran baharu sebagai salah satu strategi diplomasi Ekonomi.


"Kita boleh gunakan kedutaan dan pejabat perdagangan sebagai pemudah cara hubungan dua hala," kata beliau merujuk peranan kedutaan Malaysia yang berada di seluruh dunia.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page