top of page

Sentiasa mencabar, Tokoh Wanita Sarawak Datuk Hafsah Harun



Oleh: Wanita KEADILAN Sarawak


Sempena sambutan Hari Wanita Sedunia 2021, bertemakan 'Memilih Untuk Mencabar', kami Wanita KEADILAN Sarawak amat bersyukur kerana mempunyai Datuk Hafsah Harun sebagai Tokoh Wanita yang mempunyai kepimpinan yang luar biasa serta berjiwa rakyat.


Beliau adalah ahli politik veteran dan aktivis wanita selama lebih daripada setengah abad. Sebelum menceburi bidang politik, beliau bertugas sebagai Guru Besar Satok English School. Ibu beliau, Lily Eberwein, adalah seorang tokoh guru dan aktivis Wanita Sarawak yang memainkan peranan sangat besar dalam memperkasakan Wanita Sarawak pada zaman 1920-an hingga 70-an.


Datuk Hafsah turut merupakan mantan Menteri Sarawak sebanyak 3 kali (Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak 1981-1985, Menteri Pembangunan Sosial 1985–1987, Menteri Muda 1976-1981). Beliau juga adalah Penasihat Khas Hal Ehwal Sarawak kepada mantan Timbalan Perdana Menteri wanita yang pertama, Datuk Seri Dr Wan Azizah (Kak Wan) pada tahun 2019.


Tabah dan dihormati


Datuk Seri Dr Wan Azizah (Ibu Reformasi Malaysia) dan Datuk Seri Hafsah (Ibu Reformasi Sarawak) adalah dua wanita yang tabah, beriman dan sangat dihormati peribadinya. Banyak yang dapat kita belajar daripada dua tokoh pemimpin wanita ini, yang sentiasa berani mencabar penindasan terhadap rakyat dan memperjuangkan KEADILAN.


Datuk Hafsah adalah seorang pendidik dan aktivis sosial yang luar biasa selain merupakan seorang ibu dan isteri yang penyayang. Beliau juga bekas pesakit kanser yang sangat berani serta kuat menghadapi cabaran dan kita sangat bersyukur beliau sudah pulih setelah melalui rawatan lebih 5 tahun yang lalu.


Sekarang beliau sentiasa berkempen agar wanita tidak takut menjalani saringan kanser agar dapat dikesan pada peringkat awal dan dirawat dengan berkesan. Beliau antara pengasas KEADILAN Sarawak pada tahun 2004 yang banyak menyumbang demi membangunkan Parti Keadilan Sarawak.


Wanita KEADILAN Sarawak berpeluang memperolehi pelbagai ilmu dan ajaran yang baik daripada beliau. Lebih mengagumkan ketika memulakan karier politik di Sarawak pada tahun 1970an, agak sukar bagi wanita ketika itu untuk memecahkan siling kaca dalam bidang politik yang kebanyakan dikuasai kaum lelaki. Kalaulah semua ahli politik Sarawak kita seperti Datuk Hafsah, Sarawak pasti jadi sebuah negeri yang lebih baik! Kalaulah lebih ramai ahli politik kita seperti Datuk Seri Wan Azizah dan Datuk Hafsah, aman makmur Malaysia!


Masih rajin turun padang


Datuk Hafsah adalah tokoh Sarawak yang sangat disayangi rakyat. Ketika KEADILAN hanya mempunyai 1 Ahli Parlimen pada tahun 2004 dan Datuk Seri Anwar merupakan tahanan politik, Datuk Hafsah berdiri teguh bersama Datuk Seri Dr Wan Azizah dan keluarga.


Walaupun baru meraikan ulang tahun ke-81, Datuk Hafsah masih rajin turun padang, menghulurkan bantuan kepada rakyat yang memerlukan ketika Sarawak dilanda banjir dan pandemik Covid-19 baru-baru ini.


Beliau adalah simbol tokoh wanita yang hebat namun rendah diri dan sentiasa berjiwa rakyat. Beliau adalah inspirasi kepada Wanita KEADILAN Sarawak dan kami akan terus berusaha dan MEMILIH UNTUK MENCABAR demi memperjuangkan keadilan dan memperkasakan rakyat.

________________________________________________________________________________


Artikel ini dipetik dari Wanita KEADILAN Sarawak sempena Hari Wanita Sedunia

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page