top of page

Semak semula keselamatan, kebajikan petugas FDS - Ahli Parlimen Kuching

Writer: Azuan Ab Rahman
Azuan Ab Rahman
7 hours ago
1 min read

Ahli Parlimen Kuching menggesa agar proses pengauditan bebas dilaksanakan secara berkala ke atas semua aset helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS).


Dr Kelvin Yii Lee Wuen sebagai mengulas nahas di Long Lellang pada Selasa berkata, langkah tersebut bagi memastikan aset digunakan sentiasa dalam keadaan baik dan memenuhi piawaian keselamatan moden.

"Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) disaran untuk meneliti semula kebajikan petugas FDS.


"Penambahbaikan wajar merangkumi semakan perlindungan insurans, latihan keselamatan penerbangan serta pemberian kadar pampasan yang munasabah," katanya dalam kenyataan.


Seorang juruterbang dan empat petugas Kementerian Kesihatan (KKM) dilapor terkorban dalam insiden tersebut.


Sementara itu, Dr Kelvin berharap inisiatif jangka panjang itu diharap dapat seiring dengan pewujudan skim insurans khusus bagi menggantikan keperluan borang tanggung rugi sedia ada yang menghadkan jumlah pampasan.


Selain itu, beliau berharap kadar elaun yang diterima petugas juga dinilai semula secara berstruktur agar selaras dengan risiko operasi di lapangan.


"Sekiranya isu- isu tersebut tidak ditangani secara positif, ia berpotensi menjejaskan motivasi petugas perubatan untuk menabur bakti di kawasan pedalaman.


"Setiap petugas kesihatan juga disyorkan diberi pendedahan asas mengenai prosedur keselamatan dan tindak balas kecemasan yang sewajarnya sebelum memulakan tugasan penerbangan," tambahnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page