top of page

Selangor teliti bantuan kepada peniaga kecil terjejas banjir

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
18 hours ago
1 min read
Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari
Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari

Kerajaan Negeri Selangor bersedia meneliti bantuan kepada penjaja dan peniaga kecil yang terjejas akibat banjir bagi meringankan beban golongan tersebut.


Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, Kerajaan Negeri akan membantu mangsa terjejas terutama di kawasan Kuala Selangor yang masih berdepan situasi banjir termenung.


Kataya, Kerajaan Negeri terlebih dahulu akan mendapatkan maklumat dan data terperinci mengenai jumlah mangsa terlibat.


"Kita akan melihat keperluan peniaga yang mungkin tidak mengharapkan bantuan RM500, RM1,000 atau RM2,000 kerana kerugian mereka besar.


"Jadi, kita mungkin boleh tukar kepada beberapa perkara yang dapat meringankan beban dan komitmen bulanan mereka terutama penjaja kecil.


"Kerajaan Negeri terlebih dahulu akan mendapatkan maklumat dan data terperinci mengenai jumlah mangsa terlibat," katanya dipetik laporan media.


Amirudin yang juga Naib Presiden KEADILAN ditemui selepas merasmikan penutupan Sambutan Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Peringkat Negeri Selangor (HPPKS) 2026 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.


Sementara itu tambahnya, pihaknya ketika ini menumpukan proses penyaluran bantuan kewangan kepada mangsa banjir seperti yang diumumkan Kerajaan Negeri dan Persekutuan sebelum ini.


"Ada dua kategori penerima iaitu mereka yang mendaftar dan tinggal di pusat pemindahan sementara (PPS) atau tidak tinggal di PPS.


"Tanggungjawab kita adalah menyalurkan bantuan secepat mungkin kepada Ketua Isi Rumah (KIR) termasuk tambahan RM500 yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor," menurutnya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page