top of page

Selangor perkukuh kerjasama ekonomi dengan Jawa Barat

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Jul 10
1 min read
DS Amirudin (dua dari kanan) berucap di forum Selangor International Business Summit di Bandung
DS Amirudin (dua dari kanan) berucap di forum Selangor International Business Summit di Bandung

Negeri Selangor memperkukuh hubungan perdagangan serta pelaburan dengan Jawa Barat, Indonesia menerusi kerjasama dalam sektor berpotensi tinggi.


Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kerjasama meliputi sektor aeroangkasa, rel, mobiliti, pembuatan berteknologi tinggi itu dijangka memberi manfaat pertumbuhan ekonomi kedua-dua pihak.

Menurutnya, kedua-dua pihak turut akan memperkukuh kerjasama dengan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Jawa Barat menerusi program padanan perniagaan, kerjasama institusi serta perkongsian kepakaran bagi membantu syarikat menembusi pasaran Malaysia dan Indonesia.

"Bagi PKS, ia akan memberi peluang padanan perniagaan yang membolehkan PKS mendapat manfaat dari jaringan yang diwujudkan antara Selangor dan Jawa Barat," katanya dipetik laporan media.


Amirudin berkata begitu kepada pemberita selepas merasmikan selepas ucaptama forum Selangor International Business Summit (SIBS@ASEAN) di Bandung pada Khamis yang turut dihadiri Timbalan Gabenor Jawa Barat Indonesia, Erwan Setiawan.


Penganjuran SIBS@ASEAN pertama kali diadakan di luar negara selepas 10 tahun diwujudkan, membuktikan komitmen Selangor untuk memperluas jangkauan perdagangan dan pelaburannya di peringkat serantau.


Semasa di Indonesia, Amirudin turut mengadakan kunjungan hormat ke atas Wakil Menteri Perdagangan Indonesia, Dyah Roro Esti Widya Putri, wakil Menteri Perdagangan Faizol Riza serta wakil Danantara Indonesia.


Pertemuan itu antara lain membincangkan usaha memperkukuh hubungan perdagangan, pelaburan, kerjasama industri antara Selangor dan Indonesia serta potensi kerjasama dalam sektor elektrik, elektronik dan semikonduktor.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page