top of page

Selangor perhebat latihan simulasi hadapi insiden luar jangka

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 hour ago
  • 1 min read

Kerajaan Selangor giat melaksanakan latihan simulasi kecemasan bagi memastikan agensi dan pihak berkuasa di negeri itu bersedia menghadapi sebarang insiden luar jangka.


Exco Pengurusan Bencana, Mohd Najwan Halimi (gambar) berkata, latihan simulasi kecemasan itu yang menekankan kesiapsiagaan dari pelbagai aspek, dilaksana dengan melibatkan kerjasama pelbagai agensi dan


"Berdasarkan pengalaman kejadian di Putra Heights tahun lalu, kita berdepan insiden luar jangka. Kita tak pernah jangkakan berlakunya letupan paip gas di kawasan tersebut.


"Sebab itu kita lakukan latihan simulasi. Kita nak pastikan selepas ini, kalau ada insiden seperti ini, semua pihak bersedia ikut kemahiran masing-masing. Kita nak bersedia dari pelbagai aspek, bukan tertumpu keselamatan semata-mata," katanya dipetik.


Mohd Najwan ditemui selepas program penyerahan baucar Jom Shopping Perayaan DUN Kota Anggerik pada Sabtu.


Mengulas lanjut beliau berkata, latihan bertujuan menambah baik proses penyelamatan sedia ada dan memastikan setiap agensi memahami peranan masing-masing ketika kecemasan.


Ia dijalankan di lokasi berisiko seperti pelabuhan, lapangan terbang, kawasan perindustrian dan stesen minyak.

"Contohnya, simulasi bersama NADMA di Pelabuhan Klang melibatkan senario penculikan mangsa oleh lanun," jelasnya.


Selasa lalu, Pegawai Daerah Petaling Huzunul Khaidil Mohamed memaklumkan pihaknya turut melaksanakan beberapa latihan simulasi bagi meningkatkan kesiapsiagaan menghadapi sebarang insiden kecemasan.


Antara latihan dijalankan termasuk senario serangan gas beracun di Lapangan Terbang Subang, kebakaran di stesen minyak di Seksyen 27, latihan pemindahan penduduk secara berskala besar di SS19 Subang Jaya serta simulasi penculikan rombongan VIP dari luar negara.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page