top of page

Selangor komited bina sistem sokongan menyeluruh warga emas

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 1 min read

Kerajaan Selangor komited dalam usahanya perkukuh sokongan komuniti bagi meningkatkan kebajikan warga emas


Exco Kebajikan Masyarakat, Anfaal Saari (gambar) berkata, penjagaan warga emas tidak boleh dipikul individu semata-mata, sebaliknya memerlukan sokongan dan penglibatan aktif komuniti supaya usaha itu dapat berjalan selari usaha Kerajaan Selangor membina sistem sokongan yang menyeluruh dan mampan.


"Antara inisiatif dilaksanakan Kerajaan Negeri ialah penubuhan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) bagi memastikan golongan itu kekal aktif serta mempunyai rangkaian sosial selepas bersara.


"PAWE menjadi platform warga emas berinteraksi, menjalankan aktiviti sihat dan mengelakkan pengasingan sosial yang boleh menjejaskan kesejahteraan fizikal serta emosi.


"Dalam masa sama, Kerajaan Negeri kini dalam perancangan untuk membangunkan Risk Spike Care Wellness Hub sebagai pusat sokongan holistik kepada warga emas yang merangkumi aspek kesihatan fizikal, psikospiritual dan sosial," katanya dipetik.


Beliau berkata, hab berkenaan dijangka membantu warga emas kekal sihat, aktif dan sejahtera, selain memberi kelegaan kepada penjaga kerana golongan itu berada dalam keadaan selamat dan terjaga.


Anfaal turut menekankan kepentingan kerjasama komuniti menerusi Inisiatif Rakan Penjaga Selangor dalam menyokong penjagaan warga emas dan golongan memerlukan.


Katanya, pendekatan berasaskan komuniti bukan sahaja mewujudkan persekitaran lebih prihatin dan inklusif, malah memastikan kebajikan warga emas terus terpelihara dari segi fizikal, emosi dan sosial.


Selangor menjadi negeri pertama melancarkan Dasar Ekonomi Penjagaan Selangor sebagai persediaan menghadapi situasi negeri menua.


Dasar tersebut merangkumi aspek penjagaan warga emas, kanak-kanak, orang kurang upaya serta pengukuhan sokongan kepada komuniti penjaga formal dan tidak formal.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page