top of page

Selangor kerjasama dengan KPKT tangani projek perumahan terbengkalai

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • 10 hours ago
  • 1 min read

Kerajaan Selangor bakal memperkukuh kerjasama dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi mengenal pasti punca sekaligus menangani isu projek perumahan sakit dan terbengkalai di negeri itu.


Exco Perumahan Datuk Borhan Shah (gambar) berkata, pihaknya sedang mengenal pasti mekanisme sesuai menangani isu rumah terbengkalai serta mengatur semula langkah yang sesuai bagi memastikan projek terbabit dapat diteruskan dan diselesaikan dengan sebaiknya.


"Perkara ini dalam kajian Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) bagi memastikan projek mengalami kelewatan dipulihkan dan disiapkan.


"Kita akan menjalinkan kerjasama dengan KPKT untuk melihat pendekatan yang lebih berkesan dalam menyelesaikan isu tersebut," katanya dipetik laporan media.


Beliau berkata begitu pada persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS) di Shah Alam pada Selasa.


Borhan yang juga Ahli Dewan Negeri (ADN) Tanjung Sepat sementara itu menegaskan, Kerajaan Negeri tidak akan berkompromi terhadap pemaju yang gagal mematuhi jadual pelaksanaan projek.


Susulan itu LPHS turut melakukan pemantauan dan penguatkuasaan bagi memastikan projek yang lewat atau dikategorikan sakit dapat dipulihkan dan disiapkan mengikut perancangan.


KPKT pada Isnin mengumumkan bakal memperkenal analitik data raya mulai tahun depan bagi menangani ketidakpadanan antara penawaran rumah dengan keperluan sebenar rakyat.


Sistem berkenaan akan menyediakan data mengikut lokaliti, wilayah dan negeri sebagai rujukan sebelum projek dibangunkan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page