top of page

Selangor beri tajaan penuh 75 jemaah haji musim ini

  • Writer: Azuan Ab Rahman
    Azuan Ab Rahman
  • Mar 7
  • 1 min read

Kerajaan Negeri Selangor terus membuktikan keprihatinan kepada kebajikan rakyatnya apabila meluluskan tajaan penuh kepada 75 jemaah haji bagi musim haji 1447H/2026M.


Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari (gambar) berkata, keputusan itu dicapai pada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor dan dijangka akan membabitkan kos keseluruhan RM1.2 juta.


"Jumlah jemaah yang menerima tajaan penuh tahun ini meningkat sebanyak 29 orang berbanding 46 jemaah pada tahun lalu.


"Syarat dan kelayakan jemaah yang menerima manfaat tajaan penuh akan dilaksanakan dengan kerjasama Lembaga Tabung Haji melalui syor Jabatan Agama Islam Selangor sebelum dipersembahkan untuk perkenan Sultan Selangor.


"Bagi meringankan urusan perjalanan, Kerajaan Negeri bersama Yayasan MBI akan turut menyalurkan bantuan sebanyak RM1,500 kepada setiap daripada 75 jemaah yang terpilih," katanya dalam satu kenyataan.


Sebagai rekod, Kerajaan Negeri melalui Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI, turut memperuntukkan RM 9 juta untuk pelaksanaan Insentif Haji Muassasah bagi tahun ini


Menerusi inisiatif tersebut, seramai 6,000 bakal jemaah haji muassasah dari Selangor bakal menerima bantuan sebanyak RM1, 500 seorang, meningkat RM500 berbanding RM1, 000 yang diterima jemaah tahun lalu.


Sementara itu menurut Amirudin, mengambil kira situasi tidak menentu di Timur Tengah, Amirudin berkata, kerajaan negeri akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Luar Negeri Malaysia (Wisma Putra) berlandaskan garis panduan keselamatan bagi memastikan perjalanan jemaah Selangor berada dalam keadaan terjamin.


"Saya mendoakan agar keadaan di Timur Tengah kembali aman dan mengajak semua pihak yang terlibat untuk kembali ke meja rundingan sebagai jalan penyelesaian konflik ini.


"Dunia tidak boleh membenarkan budaya pelanggaran undang-undang antarabangsa dinormalisasikan terutama ketika rakyat biasa menjadi mangsa," tambahnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page