top of page

Selangor bakal tambah kekerapan Program Jualan Ehsan Rahmah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 1 min read
Jualan Ehsan Rahmah menyediakan barangan keperluan harian dengan harga diskaun kepada rakyat
Jualan Ehsan Rahmah menyediakan barangan keperluan harian dengan harga diskaun kepada rakyat

Kerajaan Selangor akan memperluas penganjuran Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) yang menyediakan bekalan barangan asas pada harga murah kepada rakyat.

Exco Pertanian Negeri, Datuk Ir Izham Hashim berkata langkah tersebut selain memudahkan rakyat membeli barangan keperluan juga bertujuan memastikan bekalan makanan mencukupi ekoran kebimbangan konflik di Asia Barat bakal menyebabkan kenaikan harga barangan.


"Ketika ini, JER diadakan dua kali sebulan di setiap Dewan Undangn Negeri. Kita bercadang menambah kekerapan kepada tiga atau empat kali sebulan supaya orang ramai lebih mudah mendapatkan akses barangan keperluan pada harga rendah.


"Akan ada kesan akibat perang kepada sektor ekonomi. Dari situ, kita akan nampak gambaran lebih luas dan cara macam mana beralih ke depan. Yang pasti, isu makanan dan pertanian memang terkesan.


"Ini sebahagian usaha untuk memastikan keterjaminan makanan. Kita mungkin perlu memperluas semua inisiatif sedia ada," katanya dipetik.


JER menawarkan produk makanan utama antaranya beras, ayam dan telur selain makanan serta keperluan lain pada harga lebih rendah berbanding pasaran.


Inisiatif hasil cetusan idea Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup sudah memanfaat jutaan rakyat yang memperoleh penjimatan antara 30 peratus hingga hampir 50 peratus.


Sementara itu, Ir Izham yang juga Ahli Dewan Negeri (ADN) Pandan Indah juga memaklumkan, selain memperluas penganjuran JER, pihaknya turut merancang untuk membuka lebih banyak Pasaraya Ehsan Mart dan pusat lelongan sebagai usaha memperkukuh serta menjamin rantaian bekalan makanan di negeri itu.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page