Sekpur lapor polis pempengaruh pertikai isu Ketua Hakim Negara
- Suara Keadilan
- Jul 14
- 1 min read

Oleh: Akmal Manaf
Sekretariat Gerak Gempur Media Sosial Rakyat (Sekpur) hari ini membuat satu laporan polis terhadap pemilik akaun Tiktok 'cikguchandra' berkaitan isu pelantikan Ketua Hakim Negara yang baharu.
Naib Pengerusi Sekpur, Shahbudin Embun berkata, pada 12 Julai lalu ketika berada di Hotel Lazdana di ibu negara beliau telah melihat satu video di akaun Tiktok tersebut melibatkan penghinaan terhadap Yang Dipertuan Agong (YDPA).
"Dalam Tiktok itu, Cikgu Chandra mempertikaikan surat dari Istana Negara tentang jangan mempolitikkan pelantikan Ketua Hakim Negara dan menganggap YDPA pilih kasih, menghasut rakyat untuk bersuara.
"Saya berharap pihak polis akan membuka kertas siasatan terhadap Cikgu Chandra di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia (1998) (Akta 588) Seksyen 233 berkaitan salah guna kemudahan atau perkhidmatan rangkaian dengan memuat naik kandungan yang bersifat fitnah, palsu atau menyebabkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.
"Selain itu, saya juga berharap polis membuka kertas siasatan di bawah Kanun Keseksaan (Akta 574) Seksyen 499 dan 500 berhubung hasutan ancaman kepada kepimpinan negara dan Kerajaan Malaysia.
"Saya mohon pihak polis untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan tegas mengikut undang-undang," katanya dalam satu kenyataan.
Comments