top of page

Sejuta tong minyak: Simbol kejayaan diplomasi Malaysia di tengah krisis bahan api

  • Writer: Helmi Mohd Foad
    Helmi Mohd Foad
  • 23 hours ago
  • 2 min read

Kejayaan diplomasi Malaysia dalam memperoleh bekalan minyak mentah dari rantau Teluk di tengah ketegangan konflik dengan Amerika Syarikat (AS) dan Israel terus menjadi perhatian apabila hal itu dianggap kemenangan besar hasil pendekatan kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang vokal memperjuangkan hak negara Islam.


Aktivis Pakatan Harapan, Syam Ghaz berkata, nilai sebenar penghantaran satu juta tong minyak dari kapal tangki Petronas yang melepasi Selat Hormuz itu bukan terletak pada jumlah semata-mata, sebaliknya signifikan dari sudut geopolitik dan hubungan antarabangsa.


"Sejuta tong tu tak perlu kira bab kuantiti, tapi bab kejayaan diplomasi Malaysia yang luar biasa, di saat perang AS-Iran tak habis lagi dan semua negara tak cukup bekalan minyak," katanya dalam satu kenyataan.


Syam berkata Malaysia berada dalam kelompok terhad negara yang diberikan laluan strategik melalui Selat Hormuz, tanpa dikenakan sebarang bayaran tol.


"Hanya 10 negara sahaja dibenarkan lalu Selat Hormuz, Malaysia tak perlu bayar 10 sen pun. Itu satu kejayaan Malaysia terutamanya PMX Anwar Ibrahim," katanya lagi.


Beliau menyenaraikan negara-negara yang termasuk dalam kebenaran tersebut iaitu Malaysia, Jepun, Filipina, Thailand, China, Rusia, Pakistan, India, Iraq dan Sepanyol.

Syam Ghaz
Syam Ghaz

Dalam masa sama, Syam turut menghuraikan anggaran hasil penapisan minyak mentah bagi memberi gambaran kepada orang ramai mengenai impak bekalan tersebut terhadap keperluan domestik negara.


Menurut beliau, daripada satu juta tong minyak mentah yang dibawa oleh kapal tangki boleh menghasilkan: "Petrol kira-kira 450,000 hingga 460,000 tong (45% - 46%), diesel atau distillate sekitar 250,000 hingga 300,000 tong (25% - 30%), manakala baki 25% hingga 30% melibatkan bahan api jet, LPG, bitumen dan petrokimia.”


Beliau merumuskan bahawa jumlah sebenar petrol dan diesel yang boleh dihasilkan adalah sekitar 700,000 hingga 800,000 tong.


"Daripada 1 juta tong minyak mentah, hanya boleh 700k - 800k tong gabungan petrol dan diesel," katanya.


Beliau berkata penghantaran pertama bahan api Malaysia itu dijangka tiba dalam masa terdekat.


"Satu juta tong yang akan sampai 17 April ni. Baki 6 kapal lagi tengah isi, doakan sampai lagi dan lagi," katanya.


Mengulas perkembangan geopolitik semasa, beliau menyambut baik laporan gencatan senjata antara Iran dan Amerika Syarikat.


"Iran dan AS pun dah buat gencatan senjata. Itu benda baik, kita doakan minyak dunia turun. Amin," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page