top of page

Sejarah P Pinang – Seberang Perai perlu kajian serius, bukan retorik politik

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 6 minutes ago
  • 2 min read

Isu sejarah Pulau Pinang dan Seberang Perai wajar dibincangkan secara serius dan berlandaskan fakta, bukan sekadar menjadi polemik bermusim yang muncul ketika wacana politik memuncak, kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Kedah, Fitri Ismail.


Sebagai anak jati Kedah, beliau menyambut baik apabila sejarah wilayah tersebut kembali menjadi perhatian umum, namun menegaskan bahawa perbincangan itu perlu diurus secara profesional dan berintegriti.


"Sekurang-kurangnya rakyat diingatkan bahawa Kedah bukan sekadar negeri jelapang padi, tetapi sebuah negeri yang pernah menjadi teras kepada pembentukan wilayah strategik negara," katanya dalam muat naik di media sosial.


Menurut beliau, usaha menegakkan kebenaran sejarah harus disokong, namun tidak boleh dibiarkan berakhir sebagai isu retorik tanpa susulan tindakan yang jelas.


"Kami tidak mahu ia berakhir sebagai isu bermusim muncul ketika mikrofon terbuka, hilang apabila dokumen diminta," tegasnya.

Fitri Ismail
Fitri Ismail

Fitri menekankan keperluan satu kajian yang menyeluruh dan berwibawa melibatkan ahli sejarah, pakar undang-undang, institusi akademik serta badan penyelidikan bebas bagi memastikan isu berkenaan ditangani secara berfakta dan boleh dipertahankan.


Tidak sebagaimana retorik yang sering dimainkan oleh Menteri besar Kedah, Datuk Seri Sanusi Mohd Nor yang menjadikan isu tersebut bahan untuk menaikkan sokongan politik.


Pada masa sama, beliau turut berpandangan kadar bayaran atau pampasan berkaitan Pulau Pinang kepada Kedah juga wajar dikaji secara jujur dan berani selari dengan pengiktirafan sejarah.


"Jika sejarah diiktiraf, implikasi kewangannya juga mesti dihormati. Kedah tidak boleh terus berada dalam posisi memberi tanpa berani menuntut haknya," katanya.


Fitri mengingatkan bahawa keberanian sebenar dalam kepimpinan bukan terletak pada nada suara atau populariti, sebaliknya pada kesediaan untuk bekerja secara konsisten dan mempertahankan hujah berdasarkan bukti.


"Kedah tidak perlukan hero bermusim. Kedah perlukan kepimpinan yang konsisten, tahu bila perlu bersuara dan tahu bila perlu bekerja," katanya lagi.


Ujarnya, jika isu tersebut benar-benar mahu diangkat sebagai satu perjuangan, ia mesti disusuli dengan kajian teliti, pelan tindakan yang jelas serta strategi undang-undang yang tersusun.


"Mudah-mudahan suatu hari nanti, keberanian politik benar-benar digandingkan dengan ilmu, tanggungjawab dan kejujuran terhadap sejarah agar Kedah akhirnya menerima keadilan yang sewajarnya," katanya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page