top of page

150 pelajar sertai Gunting Rambut Percuma di Pusat Komuniti Indera Mahkota

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Jan 12
1 min read

Datuk Farhan turut mengunting rambut salah seorang kanak kanak menyertai Program Gunting Rambut Percuma
Datuk Farhan turut mengunting rambut salah seorang kanak kanak menyertai Program Gunting Rambut Percuma

Seramai 150 orang pelajar menyertai Program Gunting Rambut Percuma yang diadakan di Pusat Komuniti MADANI Indera Mahkota sempena pembukaan sesi persekolahan baharu.


Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Farhan Fauzi berkata, program tersebut bertujuan menyantuni anak-anak serta membantu ibu bapa dalam membuat persiapan awal persekolahan.


"Di Pusat Komuniti MADANI Indera Mahkota, saya menyantuni anak-anak yang menyertai Program Gunting Rambut Percuma sempena pembukaan sesi persekolahan baharu," katanya dalam muat naik di media sosial, semalam.

Datuk Farhan bersama kanak kanak sekolah dalam program gunting rambut di Pusat Komuniti MADANI
Datuk Farhan bersama kanak kanak sekolah dalam program gunting rambut di Pusat Komuniti MADANI

Beliau yang juga Ketua Cabang KEADILAN Indera Mahkota memaklumkan bahawa seramai 150 peserta terlibat dalam inisiatif tersebut hasil kerjasama pelbagai pihak yang prihatin terhadap kebajikan komuniti setempat.


Datuk Farhan turut menyifatkan program tersebut merupakan pendekatan santai tetapi bermakna dalam menyokong kesejahteraan keluarga dan anak-anak, khususnya golongan yang memerlukan.


"Nak masuk sekolah, kenalah handsome-handsome kan," katanya berseloroh.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page