top of page

RS-2 perlu tumpu ekonomi kreatif, pemerkasaan belia Selangor

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 3 hours ago
  • 1 min read

Exco Belia Negeri Selangor, Mohd Najwan Halimi (gambar) menyarankan agar pembangunan belia dan pemerkasaan usahawan ekonomi kreatif diberi perhatian khusus dalam Rancangan Selangor Kedua (RS-2).


Beliau yang juga Ahli Dewan Negeri (ADN) Kota Anggerik berkata, sektor ekonomi kreatif bukan sahaja membuka ruang perniagaan baharu, malah berpotensi menjana lebih banyak peluang pekerjaan kepada golongan muda.


"Menjelang pembentangan RS-2 saya mengharapkan pihak Kerajaan Negeri akan memberikan penumpuan khusus kepada program pembangunan ataupun pemberdayaan anak muda belia.


"Kita mengupayakan lagi kelompok usahawan kita terutamanya mereka yang terlibat secara langsung dalam segmen ekonomi kreatif ini," katanya dipetik laporan media.


RS-2 merupakan pelan induk pembangunan strategik lima tahun bagi tempoh 2026 hingga 2030 untuk Negeri Selangor, ia dijadual dibentangkan di Dewan Negeri Selangor (DNS) pada Ogos depan.


Sementara itu tambah Najwan, landskap keusahawanan kini semakin berubah apabila anak muda memilih model perniagaan lebih fleksibel, termasuk memanfaatkan media sosial tanpa bergantung kepada premis fizikal.


Justeru, beliau berharap Kerajaan Negeri memperluas sokongan dan program pemberdayaan bagi membantu usahawan muda mengembangkan potensi dalam sektor berkenaan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page