top of page

RS-2 bawa pendekatan baharu santuni golongan belia di Selangor

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 hour ago
  • 1 min read

Pelbagai pendekatan baharu menerusi Rancangan Selangor Kedua (RS-2) bagai dilaksana bagi memastikan golongan belia di negeri itu terus disantuni dan diperkasa seiring keperluan semasa.


Exco Belia Selangor, Najwan Halimi (gambar) berkata golongan muda era ini memiliki sifat yang lebih fleksibel sekali gus menuntut pentadbiran negeri untuk menyesuaikan pengisian dengan perubahan baharu yang lebih dinamik.


Menurutnya, antara program yang sedang dirangka antaranya membabitkan sukan elektronik (e-sukan), aktiviti riadah serta sukarelawan yang kini menjadi sebahagian daripada gaya hidup kumpulan belia.


"Segmen belia pada mutakhir ini berbeza, belia yang kita mahu santuni ini bukan sahaja yang berpersatuan tetapi juga kita perlu guna kaedah untuk dekati belia yang tidak berpersatuan.


"Kita perlu teroka strategi baharu untuk kita santuni anak muda di luar. Mereka ini dilihat lebih fleksibel dan biasanya mereka ini ada pendekatan dan kaedah tersendiri untuk bergerak dalam aktiviti," katanya dipetik.


Beliau ditemui pemberita selepas hadir menyempurnakan perasmian Sambutan Hari Belia Negara 2026 Peringkat Negeri Selangor di Kolej Matrikulasi Selangor, Banting di pada Ahad.


Dalam pada itu, Najwan berkata Sambutan Hari Belia Negara 2026 Peringkat Negeri Selangor menampilkan kelainan apabila penganjurannya buat julung kali diadakan di institusi pengajian tinggi.


Sambutan Hari Belia Negara 2026 Peringkat Negeri Selangor yang dijayakan bersama 46 rakan strategik menampilkan lebih 29 aktiviti menarik selama dua hari, dengan tema 'Menggerak Belia'.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page