top of page

RM300,000 bina gelanggang bola keranjang di Taman Pekaka

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Mar 17
  • 1 min read
Kumaresan (tiga dari kanan) bersama Exco Daniel Gooi dan beberapa pegawai kerajaan dalam lawatan tapak
Kumaresan (tiga dari kanan) bersama Exco Daniel Gooi dan beberapa pegawai kerajaan dalam lawatan tapak

Sebuah gelanggang bola keranjang bersaiz piawaian Persekutuan Bola Keranjang Antarabangsa (FIBA) bakal dibina di padang terbuka Taman Pekaka di bawah KADUN Batu Uban dengan peruntukan kira-kira RM300,000.


ADUN Batu Uban, A. Kumaresan berkata, projek itu dimuktamadkan selepas beliau mengadakan lawatan tapak bersama Exco Belia, Sukan dan Kesihatan Pulau Pinang, Daniel Gooi.


Menurut beliau, kelulusan peruntukan tersebut merupakan langkah penting dalam meningkatkan kemudahan sukan kepada komuniti setempat.


"Saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada YB Daniel Gooi kerana meluluskan peruntukan kira-kira RM300,000 bagi melaksanakan pembinaan gelanggang bola keranjang ini," katanya dalam satu kenyataan.


Beliau memaklumkan bahawa gelanggang tersebut dijangka siap pada tahun ini, manakala peruntukan tambahan akan disediakan pada tahun hadapan untuk pembinaan bumbung serta pemasangan pagar di kawasan berkenaan.


Kumaresan berkata, permohonan bagi projek tersebut sebelum ini telah dibangkitkan olehnya dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.


"Saya telah membangkitkan permohonan ini semasa persidangan DUN, dan saya berbesar hati kerana ia kini menjadi kenyataan," katanya.


Menurut beliau, pembinaan gelanggang itu akan memberi manfaat besar kepada komuniti dengan menyediakan kemudahan sukan yang lebih baik serta menggalakkan gaya hidup sihat dan aktiviti rekreasi dalam kalangan penduduk setempat.


"Projek ini juga menggalakkan gaya hidup sihat dan aktiviti rekreasi dalam kalangan komuniti di KADUN Batu Uban," ujarnya.


Untuk rekod, Kumaresan berkata semasa penggal pertamanya sebagai ADUN, beliau juga berjaya merealisasikan pembinaan gelanggang futsal bersaiz piawaian FIFA di Flat Hamna bagi kegunaan komuniti setempat.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page