top of page

RM17.15 juta Iltizam Selangor Sihat setakat Jun 2026

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 3 hours ago
  • 1 min read

Kerajaan Negeri Selangor telah membelanjakan RM17.15 juta bagi pelaksanaan program Iltizam Selangor Sihat (ISS) sepanjang tempoh 1 Januari hingga 30 Jun tahun ini.


Exco Kesihatan Awam, Jamaliah Jamaluddin berkata, ISS merupakan skim kad penjagaan kesihatan biayaan Kerajaan Negeri untuk penduduk yang layak.


Program yang menyasarkan kuota 100,000 penerima utama tahun ini merangkumi manfaat rawatan pesakit luar, kemasukan ke hospital, dialisis serta saringan asas kesihatan.


"Saringan asas kesihatan turut disediakan menerusi ISS, manakala pemeriksaan lebih menyeluruh ditawarkan melalui program berasingan termasuk mamogram dan pemeriksaan mata ," jelasnya pada sesi Persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS).


Sementara itu sebagai mengulas mengenai kemungkinan peruntukan tahunan ditingkatkan bagi keluarga besar, Jamaliah berkata manfaat kemasukan ke hospital ketika ini adalah sehingga RM10,000 setahun.


"Kita boleh menelitinya, tetapi sekiranya skop diperluaskan lagi, ia akan memberi implikasi termasuk kemungkinan jumlah penerima perlu dikurangkan," katanya.


Pada sesi tersebut Jamaliah turut menjelaskan, Kerajaan Negeri sentiasa memantau status tuntutan serta pembayaran kepada klinik panel ISS secara berkala.


Penyelarasan antara Selcare Management selaku pentadbir tuntutan dengan Jabatan Kewangan turut diperkukuh bagi mempercepat proses pengesahan, kelulusan dan pembayaran.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page