top of page

Reformasi Institusi: Semak Imbang Dalam Pihak Berkuasa Tempatan



Oleh: Andre Lai


ULASAN: Baru-baru ini, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengumumkan berkuatkuasa tahun ini, semua peruntukan projek di bawah kementerian itu, khususnya kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) akan berdasarkan ‘bajet berasaskan prestasi’.


Menterinya Nga Kor Ming berkata, ia sebagai usaha menjadikan setiap projek yang dilaksanakan di bawah KPKT benar-benar memberi manfaat dan keuntungan kepada rakyat, selain mewujudkan tata kelola pentadbiran yang baik. Menurut beliau, kajian kebolehlaksanaan diwajibkan bagi memastikan tiada lagi projek di bawah PBT yang dikategorikan sebagai projek ‘gajah putih’, boros dan membazir.


Ini adalah satu pendekatan yang baik, untuk menangani masalah keberkesanan PBT yang telah wujud semenjak dahulu. Antara faktor-faktor yang menyumbang kepada masalah ini ialah kelemahan dalam pengurusan, ketiadaan akauntabiliti dan ketelusan, serta kurangnya penglibatan penduduk dalam proses pembuatan keputusan.


Semua kelemahan ini, boleh dikaitkan isu birokasi yang rumit. Walaupun bertujuan baik untuk memastikan ketelusan dan akauntabiliti, namun terdapat beberapa masalah yang timbul akibat birokrasi yang berlebihan atau tidak cekap. Antaranya ialah lambatnya (bottleneck) proses permohonan, kos yang tinggi, rasuah, penyalahgunaan kuasa dan ketidakadilan. Isu birokasi menjadi sebab utamanya terjejasnya kepercayaan rakyat terhadap kerajaan tempatan.


Wakil rakyat mainkan peranan PBT


Oleh sebab itu, rakyat setempat senantiasa mengalih perhatian kepada ketua parti politik kawasan atau ‘wakil rakyat’. Mereka yang bergelar Yang Berhormat meskipun dalam peranan primer sebagai penggubal undang-undang di Parlimen atau dewan undangan negeri, namun dalam kesibukan dengan majlis keramaian, mereka terpaksa memainkan peranan sekunder dalam menolong rakyat dengan kuasa yang ada.



Sememangnya isu remeh temeh seperti penyelenggaraan parit dan jalan berada di bawah tanggungjawab PBT tetapi pada masa yang sama ia juga kegagalan wakil penduduk kerana kurang prihatin dengan apa yang berlaku dalam kawasan.


Akibat permohonan tidak dilayan, penduduk akhirnya terpaksa menggalas tugas kerja infrastruktur sendiri. Penduduk terdiri dari golongan akar umbi biasanya, terdiri daripada ‘layman’ mungkin tidak mempunyai pengetahuan teknikal.


Saya mengambil contoh, yang pernah berlaku tidak lama dahulu di dalam kawasan saya berkhidmat di Kampung Padang Balang. Penduduk mengambil inisiatif membina bonggol jalan tetapi ia dibuat tidak mengikut spesifikasi kerajaan tempatan. Meskipun bertujuan baik demi mengurangkan kelajuan kenderaan dalam kawasan kampung, ia juga mengurangkan keberkesanaan bomba atau ambulans di saat-saat kecemasan.


Baikpulih sukarela tidak ikut spesifikasi


Keperluan penduduk tidak selalunya selaras dengan dasar yang ditetapkan. Sekiranya setiap penduduk dibenarkan membaikbulih longkang atau jalan sendiri, apakah fungsi cukai taksiran atau cukai pintu yang dibayar kepada PBT? Dan apakah implikasi spesifikasi teknikal dan undang-undang yang bakal timbul?


Oleh itu, peranan mereka yang berada dalam lembaga ahli majlis amat penting untuk menjadi ‘check and balance’ dalam kerajaan tempatan. Mereka yang dilantik, sebaiknya terdiri daripada golongan profesional, dan yang paling penting adalah kesediaan untuk berkhidmat (the will to serve). Tiada gunanya jurutera atau perancang bandar dalam jawatankuasa PBT sekiranya mereka hanya berpandukan birokrasi tanpa menghirau keperluan rakyat.


Perubahan akan mengambil masa, tidak terlalu mendesak dan tidak terlalu menyusahkan mana-mana pihak. Saya percaya semenjak Malaysia Madani diagendakan secara rasmi, setiap Kementerian giat menjalankan ‘reform’ untuk meningkatkan keberkesanan Kerajaan Perpaduan.


Reformasi institusi dijadikan agenda utama dalam jati diri Malaysia Madani. Sekiranya mampu dijalankan pada masa hadapan, saya menyokong sebarang usaha di peringkat kerajaan untuk membenarkan pilihanraya kerajaan tempatan, agar mereka yang dilantik oleh masyarakat setempat boleh menjadi penghubung di antara rakyat dan pihak berkuasa.


Mungkin ada mengkritik pilihanraya PBT akan menyebabkan musim berpolitik yang berterusan, tetapi sekiranya ia bertujuan baik, apa salahnya?


Sudah sampai masanya reformasi dilakukan dalam pihak berkuasa kerajaan tempatan.

_______________________________________________________________________________

Penulis merupakan Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju dan Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan

0 comments

Recent Posts

See All

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page