Rakyat pilih: Kerajaan stabil atau tiga PM dalam sepenggal - Dr Gunaraj
- Akmal Manaf

- May 25
- 1 min read

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sentosa, Dr Gunaraj George (gambar) menegaskan rakyat perlu memikirkan sama ada mereka mahu terus menikmati kestabilan politik ketika ini atau kembali kepada situasi tidak menentu yang pernah menyaksikan negara mempunyai tiga Perdana Menteri dalam satu penggal sepanjang tempoh 2018 - 2022 lalu.
Beliau berkata, proses reformasi bukan sesuatu yang boleh diselesaikan dalam tempoh singkat dan Kerajaan MADANI masih mempunyai banyak perkara yang perlu dilakukan demi kebajikan rakyat.
Oleh itu, katanya, Kerajaan Perpaduan yang diterajui KEADILAN-PH hari ini perlu terus disokong dalam Pilihan Raya Umum ke 16 meskipun ada pihak yang cuba memecahkan sokongan anggota dan penyokong PH.
"Saya nak tanya satu soalan sahaja. Adakah kita boleh memberikan peluang untuk Kerajaan MADANI menyambung kerja mereka atau kita nak balik kepada satu situasi di mana ada tiga Perdana Menteri dalam (tempoh) dua hingga tiga tahun?
"Itulah sebab kita perlukan kerajaan yang stabil. Kerajaan stabil bukan bermakna kerajaan ini ok, memang ada banyak masalah, tapi setakat ini Kerajaan MADANI telah buat kerja mereka.
"Tapi (mereka) sebagai pembangkang, akan mengungkit perkara-perkara yang tidak baik supaya masyarakat keliru," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Ceramah Isu Semasa Pakatan Harapan (PH) Selangor, Parlimen Kota Raja, yang diadakan di Tapak Penjaja Alam Megah baru-baru ini.
Tambah Dr Gunaraj lagi, Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Pusat masing-masing sedang memainkan peranan menerusi pelbagai program dan inisiatif yang diperkenalkan.
Ujarnya hal itu termasuk agenda dan program di bawah Kerajaan MADANI yang dirangka bagi membantu rakyat.




Comments