top of page

Rahayu rayu pengundi luar Merlimau pulang mengundi PH

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Nov 12
1 min read

Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Rahayu Hamzah (gambar) berhasrat memperkukuh perpaduan masyarakat tanpa mengira fahaman politik atau latar belakang parti di kawasan itu.


Menurutnya, usaha menyatukan masyarakat itu penting bagi memastikan keharmonian dan hubungan kejiranan terus terpelihara dan setiap parti politik perlu diberi ruang untuk sama-sama membina komuniti yang lebih bersatu.


"Dalam al-Quran sudah dinyatakan bahawa orang beriman itu bersaudara. Jadi, tidak sepatutnya timbul masalah untuk kita membina perpaduan dalam kalangan masyarakat.


"Apabila kita bercakap soal perpaduan, semua pihak perlu dilibatkan. Saya sendiri apabila turun ke rumah-rumah penduduk, tidak menilai parti apa yang mereka sokong kerana pendekatan saya adalah untuk menyantuni semua," katanya dipetik laporan media.


Rahayu sebelumnya hadir ke Himpunan Semarak Tani bersama Nelayan Melaka di Merlimau pada Rabu.

Menyentuh fokusnya di DUN Merliman, beliau menyatakan tekad untuk menjaga kepentingan menjaga kebajikan masyarakat, khususnya golongan wanita, ibu tunggal, bapa tunggal dan warga emas, selain memastikan anak muda tidak tercicir daripada peluang pendidikan.


Mengulas mengenai perjalanan kempennya, Rahayu berkata, tumpuan kini adalah untuk terus mendekati pengundi dan merayu mereka supaya pulang menunaikan tanggungjawab pada hari pengundian.


"Saya sebenarnya merayu dan menyeru kepada pengundi Merlimau, khususnya mereka yang berada di luar kawasan supaya pulang mengundi.


"Kalau kita mahu melihat Datuk Seri Adly Zahari sebagai Ketua Menteri Melaka daripada Pakatan Harapan, Merlimau juga perlu dimenangi," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page