top of page

Rafizi dan Masa Depan Reformasi



Oleh: Dr Bam Al-Haj


Mengenali Rafizi Ramli sejak 10 tahun lalu, sosok ini adalah sisi lain Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa muda dahulu, lantang dan berani, tetapi dalam gaya yang berbeza dan mengakar.


Rafizi bijak melihat isu berdasarkan fakta dan data yang jelas. Ramai pendukung tegar Anwar hanya cuba menjadi "duplicate" atau "copy and paste", sehingga gaya bercakap pun disengau-sengaukan seperti Anwar.


Rafizi berbeza. Dia lebih relaks dan tidak gopoh menggunakan retorik tetapi bercakap dengan nada tenang dan santai, berfakta dan bersandarkan data, bukan emosi.


Kekuatan sebagai orang nombor dua


Ini kekuatan Rafizi. Kekuatan ini penting sebagai orang nombor dua dalam mana-mana parti. Jika orang nombor dua hanya "duplicate" orang nombor satu, organisasi akan lemah.


Populariti Anwar memang agak sedikit menurun sejak beberapa tahun ini, walaupun idealisme dan prinsip perjuangannya masih ada. Kenyataan ini memang pahit, tetapi itulah faktanya.


Anwar memang berjiwa besar, pemaaf dan berlapang dada menerima kritikan. Dia bukan maksum sehingga langsung tak boleh dikritik.


Penyakit paling besar sesebuah organisasi ialah wujudnya "yes man" yang keterlaluan. Ada masa kita puji, ada masa kita boleh berbeza pandangan.


Misi Reformasi 2.0


Bagi saya, Rafizi adalah pemimpin masa kini dan masa depan Malaysia. Beliau mampu menterjemahkan idealisme, visi dan misi Reformasi 2.0 ke tahap yang lebih hebat.


Nasihat saya kepada Rafizi hanya satu, "jangan terima sebarang pingat kebesaran apabila sudah menang dan menjadi orang besar nanti."


Apapun, gabungan keduanya amat perlu demi masa depan Malaysia. Kesepaduan dan kekuatan jentera pilihan raya adalah kunci kejayaan dalam Pilihan Raya Umum ke 15.


Membela nasib rakyat


Sebagai "orang kecil", saya hanya mengimpikan sebuah negara yang bebas rasuah, aman dan makmur supaya Malaysia menjadi negara yang bermaruah.


Kita mahu supaya nasib rakyat benar-benar terbela, terutamanya golongan marhaen, Orang Kurang Upaya, pesakit kronik dan warga emas yang berada dalam kelompok B40.


Kos sara hidup dan kos perubatan begitu tinggi sekarang. Selesaikan masalah ini dahulu.


_________________________________________________________________________________

Dr Bam Al-Haj merupakan penulis buku bebas dan aktivis masyarakat, khususnya membantu usahawan, warga emas dan OKU. Tulisan ini merupakan pendapat peribadi beliau.

0 comments

Recent Posts

See All

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page