top of page

Program kongsi rezeki Wanita KEADILAN Cheras meriah, kukuh perpaduan komuniti

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • 2 hours ago
  • 1 min read
Penduduk perumahan PPR Pudu Ulu memilih sayur sayuran untuk dibawa pulang
Penduduk perumahan PPR Pudu Ulu memilih sayur sayuran untuk dibawa pulang

Program Kongsi Rezeki Sayur-sayuran dan Buah-buahan (Siri 2) anjuran Wanita KEADILAN Cabang Cheras berlangsung meriah dengan penyertaan masyarakat pelbagai kaum di kawasan PPR Pudu Ulu baru-baru ini.


Inisiatif kebajikan memberi sayur dan buah percuma tersebut bukan sahaja melibatkan agihan barangan keperluan, malah membawa mesej kebersamaan dan perpaduan selari dengan semangat Malaysia MADANI.


Ketua Wanita KEADILAN Cheras, Yap Kuay Hua berkata, program itu menjadi platform penting dalam menyatukan komuniti setempat.


"Ia bukan sekadar agihan sayur-sayuran, tetapi membawa mesej yang lebih besar seperti kebersamaan, keprihatinan dan perpaduan komuniti, selari dengan semangat Malaysia MADANI.


"Senyuman, kehadiran dan sokongan semua kaum membuktikan bahawa perpaduan bermula dari komuniti. Kebajikan adalah jambatan penyatuan masyarakat," katanya dalam muat naik di media sosial.

Penduduk gembira dengan inisiatif anjuran Wanita KEADILAN Cheras
Penduduk gembira dengan inisiatif anjuran Wanita KEADILAN Cheras

Selain penduduk setempat, program tersebut turut memberi manfaat kepada penghuni Pertubuhan Kebajikan Orang Tua, Cacat dan Kurang Upaya Taman Connaught serta komuniti Flat Kos Rendah Taman Segar.


Menurut Kuay Hua, pihaknya komited untuk meneruskan usaha kebajikan demi membina masyarakat yang lebih prihatin dan bersatu.


"Wanita KEADILAN Cabang Cheras akan terus berkhidmat serta memperjuang untuk membina masyarakat yang prihatin dan bersatu," ujarnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page