top of page

PRN Melaka: Undi berdasarkan fakta, jangan terpengaruh sentimen – Adam

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
16 hours ago
1 min read
Pemangku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Melaka, Adam Adli Abd Halim
Pemangku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Melaka, Adam Adli Abd Halim

Pemangku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Melaka, Adam Adli Abd Halim menyeru pengundi khususnya golongan muda memanfaatkan kuasa mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 dengan membuat pertimbangan berlandaskan maklumat dan fakta tepat.


Menurutnya, golongan berusia 18 hingga 39 tahun yang mewakili 47.34 peratus daripada keseluruhan 687,697 pemilih berdaftar di Melaka, berkuasa mencorakkan masa depan pentadbiran negeri, sekali gus menuntut mereka memilih kepimpinan yang berintegriti.


Justeru mereka tidak seharusnya terpengaruh dengan sentimen mahupun politik kebencian dalam membuat keputusan di peti undi pada 14 November ini.

"Sifat semula jadi kita apabila hendak buat keputusan, selain daripada kita tanya kepada akal, kita tanya kepada hati kita juga apa yang rasional dan apa yang membentuk emosi kita.


"Cari yang baik... jangan kita bersandarkan kepada politik kebencian," katanya dipetik laporan media.


Menyentuh mengenai PRN kali ini beliau berkata, KEADILAN mengambil pendekatan lebih teliti dengan mempertaruhkan tujuh muka baharu daripada keseluruhan 10 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi.


Penelitian mendalam dilaksana bagi memastikan calon yang diletakkan benar-benar serasi dengan kawasan masing-masing dan mendapat sokongan padu jentera akar umbi, selain memberi ruang kepada kepimpinan muda.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page