PRN Melaka: Sokongan kepada PH positif, momentum dijangka meningkat


Pakatan Harapan (PH) yakin sokongan pengundi di kerusi tumpuan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kekal positif
Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Amirudin Shari yakin sokongan pengundi di kerusi tumpuan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kekal positif kepada gabungan itu.
Menurutnya, keyakinan itu bersandarkan hasil gerak kerja lapangan dan khidmat kepada rakyat yang dilaksanakan calon serta parti sejak empat hingga lima tahun lalu.
"Program-program pertemuan fizikal berlangsung, tetapi baru masuk tiga hari pertama. Saya percaya respons kita di beberapa kerusi tumpuan itu masih lagi baik disebabkan kerja lapangan dilaksanakan oleh calon ataupun pihak parti sejak daripada empat hingga lima tahun lepas.
"Jadi, bukan soal dua minggu kempen, tetapi soal bagaimana kita melayan ataupun menyediakan sokongan kepada rakyat dalam tempoh dua hingga empat atau lima tahun lepas," katanya dipetik laporan media.
Naib Presiden KEADILAN itu menyatakan keyakinan momentum sokongan kepada PH akan meningkat sepanjang tempoh berkempen.
Sementara itu beliau juga memaklumkan, gerak kerja kempen akan dipertingkatkan bagi memastikan penyelarasan jentera PH di peringkat negeri berjalan lancar.
Sebahagian besar kempen ketika ini turut digerakkan menerusi media sosial selain kempen secara fizikal dan program-program bertemu pengundi.




Comments