top of page

PRN Melaka: Rekod khidmat, keupayaan menang kriteria utama calon PH

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
21 hours ago
1 min read
Pengarah Pilihan Raya PH, Datuk Seri Amirudin Shari. Gambar arkib
Pengarah Pilihan Raya PH, Datuk Seri Amirudin Shari. Gambar arkib

Pakatan Harapan (PH) meletakkan beberapa kriteria utama dalam memilih calon mewakili gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.


Pengarah Pilihan Raya PH, Datuk Seri Amirudin Shari berkata antara kriteria ditetapkan ialah pengalaman, rekod perkhidmatan kepada masyarakat dan kemampuan untuk memenangi kerusi dipertandingkan.


"Mereka kena berbakti kepada masyarakat, mempunyai pengalaman dan ada winnability.


"Ada setengah kawasan itu adalah kawasan yang kita nak pamerkan atau berikan peluang kepada calon supaya mereka menimba pengalaman termasuk di kawasan yang mungkin sokongan asas kita agak rendah yang memberikan pelan jangka panjang kepada parti dan PH," katanya dipetik laporan media.


Amirudin berkata begitu selepas menyempurnakan Majlis Semarak Kasih Murid Tingkatan Lima Yayasan Selangor 2026 yang meraikan 740 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Sabtu.


PH dijadualkan bakal mengumumkan senarai calon bagi PRN Melaka pada 24 Oktober ini.


Sementara itu menurut Amirudin, proses tapisan akhir calon sedang dijalankan, dengan hala tuju lebih jelas dijangka diumumkan dalam tempoh seminggu.


Selain itu gabungan tersebut juga jelasnya sedang memuktamadkan beberapa keputusan berkaitan persiapan menghadapi pilihan raya berkenaan.


"Keputusan berhubung senarai calon akan dibuat bersama presiden dan kepimpinan tertinggi sebelum tarikh pengumuman.


"PH akan meletakkan calon pelbagai latar belakang termasuk penyandang, calon muda, wanita, individu berpengalaman serta mewakili pelbagai kaum," tambahnya.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page