top of page

PM puji konsert Gema Bumantara, warisan seni Nusantara terus dipelihara

Writer: Noraini Nordin
Noraini Nordin
2 hours ago
1 min read
Walaupun dalam hujan DS Anwar tetap menonton Konsert Tradisional Gema Bumantara sehingga akhir
Walaupun dalam hujan DS Anwar tetap menonton Konsert Tradisional Gema Bumantara sehingga akhir

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memuji persembahan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, menerusi Konsert Tradisional Gema Bumantara yang disifatkan sebagai persembahan istimewa dalam mengangkat kekayaan warisan seni Nusantara.


Anwar berkata, persembahan yang berlangsung pada malam sebelumnya itu berlangsung dalam suasana penuh meriah apabila penonton tetap setia menyaksikan konsert hingga ke penghujung walaupun hujan turun.


Beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada Siti Nurhaliza dan seluruh pasukan produksi atas persembahan yang disifatkannya indah serta penuh penghayatan.


Menurut Anwar, seni dan budaya sentiasa dekat di hati rakyat, justeru warisan berkenaan perlu terus dihidupkan supaya dapat dinikmati dan dicintai oleh generasi muda.


Katanya, usaha memelihara seni tradisional bukan sahaja penting untuk mengekalkan kekayaan budaya Nusantara, malah menjadi sebahagian daripada usaha mempertahankan identiti dan jati diri bangsa.


Beliau menegaskan bahawa pembangunan negara perlu bergerak seiring dengan pemeliharaan akar budaya agar kemajuan yang dicapai tidak menghakis nilai warisan masyarakat.


Konsert DS Siti Nurhaliza tetap dihati penggemar biarpun dibasahi hujan
Konsert DS Siti Nurhaliza tetap dihati penggemar biarpun dibasahi hujan

Anwar berharap seni dan budaya terus diberikan ruang untuk berkembang serta diwariskan kepada generasi seterusnya, sekali gus memastikan khazanah seni negara kekal relevan dalam arus kemodenan.


"Negara terus kita pacu maju, akar budaya dan jati diri bangsa tetap kita pelihara," katanya.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page