top of page

PRN Melaka: PH sedia terima apa sahaja kemungkinan

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
8 hours ago
1 min read

Pakatan Harapan (PH) mengambil maklum perkembangan politik semasa yang disifatkan 'semakin cair' dan bersedia berdepan sebarang kemungkinan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.


Pengarah Pilihan Raya PH, Datuk Seri Amirudin Shari (gambar) berkata, persediaan gabungan itu dalam menghadapi pilihanraya tersebut adalah kekal sama, iaitu berusaha meyakinkan rakyat untuk memberi mandat kepada PH melalui peti undi.

"Setakat ini, Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka pun belum dibubarkan dan masih ada masa. InsyaAllah, kita akan tengok keadaan dan senario yang berlaku.


"Saya sudah bentangkan beberapa senario kepada pimpinan PH, beberapa hari lalu. Kita sangat mengambil maklum dan bersedia dengan sebarang kemungkinan," katanya dipetik laporan media.


Beliau berkata begitu kepada pemberita selepas menghadiri Libat Urus Belanjawan 2027 Selangor, di Putrajaya pada Khamis.


Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh baru-baru ini memberi bayangan bahawa pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka bakal dilakukan dalam masa terdekat, sekali gus membuka laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).


Sementara itu, Amirudin sebagai mengulas kemungkinan kerjasama dengan parti politik lain bagi menghadapi PRN tersebut berkata, senario politik ketika ini menuntut kematangan dengan pelbagai pendekatan politik dipertimbangkan.


Walaupun belum ada sebarang keputusan rasmi bagi kerjasama yang dicadangkan, pihaknya sudah memulakan usaha tersebut menerusi perbincangan tidak rasmi antara pimpinan parti.


"Yang penting kita akan menyertai pilihan raya dengan pelbagai versi. Satu kemungkinan yang tidak ada ialah kita memboikot pilihan raya


"Pimpinan politik perlu membuat pertimbangan sama ada mahu bertindak berdasarkan emosi akibat kekalahan atau kegagalan mengatasi pihak lain, atau mengutamakan kestabilan demi kemakmuran negara dalam jangka panjang," tambahnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page