PRN Melaka: PH muktamadkan pemilihan calon dalam masa terdekat


Isu kerjasama dengan parti politik lain bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bukan keutamaan Pakatan Harapan (PH) buat masa ini.
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Melaka, Adam Adli Abdul Halim menegaskan bahawa sebarang perbincangan mengenai kerjasama politik hanya akan dipertimbangkan sebagai langkah susulan kelak.
"Ertinya dalam tempoh yang ada sekarang ni kerjasama dengan mana-mana pihak adalah secondary (perkara kedua). Kita semua tahu dinamik politik sentiasa berubah-ubah, tak tahu sama ada akan berlaku apa-apa perbincangan.
"Buat masa sekarang, yang paling mustahak adalah untuk PH kukuhkan kekuatan dalaman sendiri termasuk dari sudut jentera dan juga calon-calon yang bakal diturunkan," katanya dipetik kaporan media.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah menetapkan 14 November ini sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16.
Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, hari penamaan calon ditetapkan 31 Oktober pada manakala tarikh mengundi awal pada 10 November.
Sementara itu menurut Adam Adli,PH kini dalam proses memuktamadkan calon yang bakal bertanding dengan pengumuman dijangka dibuat dalam tempoh terdekat.
"KEADILAN dan PH masih meneliti secara terperinci calon yang akan mewakili gabungan ini pada PRN Melaka.
"Di peringkat KEADILAN kita baru selesai proses temuduga terakhir sebelum kita muktamadkan dan buat keputusan untuk keluarkan watikah bagi pencalonan nanti," jelasnya.




Comments