top of page

PRN Melaka: PH kenal pasti beberapa DUN berpotensi menang

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
21 hours ago
1 min read

Pakatan Harapan (PH) Melaka sudah mengenal pasti beberapa Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan diberi tumpuan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.


Pengerusinya, Adly Zahari (gambar) berkata, kawasan-kawasan tersebut dianggap berpotensi memberi kemenangan kepada PH berdasarkan kekuatan jentera dan sokongan yang dimiliki.


"Secara asasnya saya ingin memberi gambaran bahawa memang PH ada DUN fokus yang telah kita sepakati.


"Walaupun kita sudah selesaikan, memang kita ada DUN fokus dan mungkin kita akan banyak memberikan tumpuan kepada DUN yang kita rasa kita ada jentera, ada sokongan.


"Dalam konteks pilihanraya, sudah pasti kita rasa ada DUN yang kita ada potensi untuk kita capai kemenangan," kata Timbalan Menteri Pertahanan itu dipetik laporan media.


Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan nama kawasan DUN yang dianggap berpotensi itu.


Sementara itu menurutnya, PH sudah memuktamadkan pembahagian kerusi antara komponen gabungan itu dan akan mengadakan rundingan dan pertemuan dengan pelbagai pihak bagi mendapatkan pandangan sebelum menentukan hala tuju kerjasama menghadapi PRN.


Bagaimanapun beliau menegaskan bahawa sebarang keputusan berkaitan halatuju kerjasama akan dibawa kepada Majlis Presiden PH untuk dimuktamadkan.


"Yang paling penting adalah kestabilan politik kita di Melaka dan memang kita tahu mesej yang kita bawa, Melaka ini macam mana pun, ia adalah rumah kita bersama," tambahnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page