top of page

PRN Melaka: Jentera jangan cepat berpuas hati - Adam Adli

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
1 hour ago
1 min read
Pemangku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Melaka, Adam Adli Abd Halim
Pemangku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Melaka, Adam Adli Abd Halim

Tempoh kempen yang berbaki hanya seminggu sebelum hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka menuntut seluruh jentera dan calon terus bekerja keras tanpa henti.


Pemangku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Melaka, Adam Adli Abd Halim mengingatkan, biarpun calon-calon Pakatan Harapan (PH) menerima sambutan positif pengundi tempatan namun ia bukan alasan untuk mudah merasa berpuas hati.


"Kekalkan sikap positif, kena rajin dan agresif, maksudnya dia kena (kerja lebih) daripada kebiasaan. Dalam satu hari, disiplin yang selalu ditetapkan kepada calon kena pastikan tak kurang daripada 10 ke 11 lokasi kempen.


"Dari subuh sampai ke malam, setiap pergerakan perlu dirancang dan perlu dipastikan penuh. Erti kata lain kalau nak rehat boleh, tengah hari, solat zuhur, makan, rehat. Ambil sejam, kemudian sambung bergerak," katanya dipetik laporan media.


Mengulas suasana kempen bagi PRN tersebut beliau menyifatkan minggu pertama kempen berlangsung tenang dan terkawal.


Suasana seperti itu jelasnya penting bagi memberi ruang yang adil kepada rakyat untuk menilai rekod perkhidmatan dan tawaran setiap parti secara rasional tanpa didorong sentimen sempit, fitnah atau politik kebencian.


"Rakyat tak boleh berfikir bila mereka disuap dengan sentimen kaum, agama, tohmahan atau cerita-cerita fitnah, merendahkan peribadi calon masing-masing dan sebagainya.


"Kalau itu yang mewarnai kempen-kempen parti politik kita, susah rakyat di luar sana nak buat keputusan yang betul di kotak undi," tambahnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page