top of page

PRN Melaka: Calon PH diseru bina jentera mantap

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Oct 19
1 min read
Naib Presiden KEADILAN, Datuk Seri R Ramanan
Naib Presiden KEADILAN, Datuk Seri R Ramanan

Calon Pakatan Harapan (PH) untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka digesa tidak hanya bergantung kepada rekod khidmat kepada masyarakat bagi meraih sokongan pengundi.


Naib Presiden KEADILAN Datuk Seri R Ramanan berkata, calon perlu mengubah pendekatan lama yang hanya bergantung pada usaha sendiri tanpa membina jentera sokongan.


Justeru, sesuai dengan situasi politik semasa, calon tegasnya perlu membina pasukan yang mantap dan mampu membantu menggerakkan kempen secara berkesan.


"Jentera yang kuat penting bagi memastikan calon dapat mendekati pengundi di pelbagai lokasi, mereka tidak mampu berada di semua tempat pada masa yang sama.


"Jadi calon perlu mula membentuk pasukan besar dan mantap untuk membantu menggerakkan kempen di pelbagai lokasi,” katanya dipetik laporan media.


Beliau yang juga Menteri Sumber Manusia ditemui pemberita selepas menghadiri Program Siri Jelajah ‘Pocket Talk’ HRD Corp – Dari Dasar ke Rakyat di Alor Gajah pada Ahad.


Sementara itu menurut Ramanan, pemilihan calon PH turut mengambil kira aspek kredibiliti, termasuk melalui proses tapisan ketat yang melibatkan semakan rekod jenayah dan kedudukan kewangan bagi memastikan calon memenuhi kriteria ditetapkan.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menekankan kepentingan memilih calon yang rajin turun padang, menyantuni rakyat dan diterima masyarakat.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page